Berfoya-foya

9 May dah...lamanya tak hapdet bloggg..erk lame ke? ye lah selalunya seminggu sekali, but now almost 3 week dah kan..

Ok-ok berhenti merinduiku sebab i'm here! *ok muntah please*

Cerita mana yang patut aku bongkarkan ye? ha about PWTC!

Seperti semua orang tahu hari tu ada pesta buku antarabangsa kat PWTC, actually memang setiap tahun ada benda alah ni..tapi sebelum ni kan saya ni orang kampung yang duduk di rumah usang di corok pinggiran kampung.. ok yanti tolong berhenti merepek.hmm..Cerita pendeknya before ni kan dekat muar, after that dekat segamat pulak.. dalam mimpi pun tak pernah terfikir nak pergi pesta buku ni suatu masa dahulu..

Then nak jadikan cerita, zira ajak pergi pesta buku ni, before event ni start lagi zira dah ajak dah.. so memang dah rancang awal lah nak pergi pesta buku ni kan..dah dekat shah alam kan, memang sawan meroyan lah kalau tak pergi...

1 May 2013 hari ini dalam sejarah..cewahh.. saya dapat jugak merasai pengalaman pergi ke pesta buku ni.. *bangga kembang kempis hidung*...kitorang pergi at first naik bas, then bila dah sampai pasar seni naik lrt pulak...

Orang gila buku pergi pesta buku, can u imagine that? elak tak sawan je kat situ dek kerana excited tengok buku-buku yang seakan memanggil manggil untuk membelinya...tapi disebabkan saya ni seorang yang JIMAT, terdapat kekangan lah dalam membelinya...kalau boleh memang nak beli semua, tapi banyak kali pesan kat diri sendiri.. "Kawal nafsu yanti, kawal nafsu" ...an hoyeahhhh dapat mengawalnye!! SEDIKIT... heee...

Sebenarnya main point nak pergi pesta buku tu sebab nak jumpa Hilal Asyraf......mahu tak giler scroll home facebook asyik dia update dia sentiasa kat pesta buku tu...memang dah sampai sana nak jumpa Hilal Asyraf tu jadik tujuan utama lah!..tapi carik punya carik tak jumpa..sob sob...memang masa tu rasa macam mental down lah..isk isk...

saya beli 4 je kot buku, ok teruk kan dah lupa?sebab cerita pun dah basi kan.. apa yang best pasal pesta buku ni, rasa syok je membeli sebab sejuk mata memandang kawasan dalam PWTC tu, 90% bertudung labuh... rasa macam selamat lah, sebab rasa macam betul-betul berada di negara Islam... i'm proud to be there at that time...:)



rasanya tu je kot nak update buat masa ni, i'm too busy this weekend, dengan nak buat lambakan project..fuuu fuuu *lap peluh*..in sya Allah next time i update lagi kayh...



With love, NAMN
Salam




0 comments:

Post a Comment