Hijrah

"Barangsiapa yang berhijrah ke jalan Allah, mereka akan mendapati di bumi ini tempat hijrah yang luas"(an nissa:100)

SubhanAllah itu yang Allah janjikan kepada hambaNya yang berhijrah ke jalanNya..walaupun perubahan itu sebesar zarah sekalipun..tapi kita berniat untuk setapak mendekati Allah, insyaAllah berganda-ganda kebaikan menanti kita..insyaAllah..

Aku bukanlah seorang yang sempurna untuk cakap mengenai agama segala..sebab aku masih dalam proses pembelajaran, mungkin selama ni aku tersimpang dari jalanNya, zahirnya memang aku nampak seperti mengikut jalanNya, tapi fitrahnya..hanya Allah yang tahu betapa banyak kesilapan yang aku dah buat..Astaghfirullahalazim..

Mungkin sebab aku berubah berpunca daripada benda lain, tapi makin lama aku mengikuti jalanNya..semakin aku nampak keindahan disebalik nama Islam tu sendiri..aku sentiasa berdoa supaya perubahan aku ni bukanlah buat sementara waktu, tapi hakiki sampailah ke akhir nafasku..

Semua orang kat dunia ni memang ingin rasa kan hijrah tu, tapi tunggu hidayah dari Allah katanya... Seorang sahabat aku ada berkata "Hidayah tu tak kan datang kalau kita asyik tunggu je tanpa berusaha"..betul lah kan, if i not mistaken aku pernah baca satu ayat al-quran.."Allah tak akan mengubah nasib sesuatu kaum,kalau kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa dalam diri mereka"..Sentiasa lah berniat di dalam hati kita ni nak rasakan perubahan, insyaAllah sampai masanya..Bila-bila masa je, kita sendiri yang akan berubah secara perlahan tanpa kita sedar..

Lagi-lagi bulan Ramadhan dah nak menziarahi kita...besar pahalaNya kalau kita berubah sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelma ni..yang tidak bertudung boleh cuba mencapai tudung, yang bertudung boleh cuba menutup aurat dengan sempurna..perbanyakkan sembahyang sunat, bercakap pasal sembahyang sunat ni...SubhanaAllah, banyak sangat sembahyang sunat yang kita boleh amalkan..senang-senang je boleh dapat pahala tambahan..Sebelum sembahyang fardu boleh sembahyang sunat rawatib, sebelum tidur sembahyang sunat witir..bertambah-tambah lah pahala bila kita amalkan dalam bulan Ramadhan nanti..kalau tak reti, internet ada..buku pun banyak jual..kalau yang dekat UiTM segamat ni..kat bookstore ada jual, hari tu aku terperasan..

Dekat UiTM ni lagi satu budaya yang aku perasan, semua pun mesti perasan rasanya... kalau dekat bilik tu... Susah kita nak jaga pandangan kita ni kan...kadang-kadang roomates kita ni tak perasan agaknya aurat sesama wanita..nak tegur, takut terasa..tak tegur, kita yang berdosa nanti...wallahualam...aku pun mengalami masalah yang sama jugak, dah tampal kat board pasal aurat tu pun..diorang tak bace agaknya..tak pe lah...sama-sama lah kita menjaga pandangan mata kita ni..insyaAllah...

Rasanya tu je kot update aku kali ni, aku bukanlah manusia yang perfect..tapi insyaAllah jika entry aku kali ni dianggap sebagai dakwah...alhamdulillah...Kalau ada aku tersalah cakap mengenai hukum hakam, tegurlah...saya budak baru belajar..^^

until then,see ya next post!!

with love,Yantie
Salam


0 comments:

Post a Comment