Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah...terima kasih ya Allah kerana menemukan aku dengan Ramadhan tahun ini..kau masih beri peluang untuk aku beribadat dengan pahala yang berganda-ganda untuk bulan Ramadhan ini...syukran...
First day solat terawih alhamdulillah dapat tunaikan, even tak dapat buat kat masjid..but still dapat rasa pahala berjemaah kat rumah...insyaAllah..untuk hari-hari yang seterusnya tak tahu lah dapat buat dengan lengkap tak jemaah terawih, sebab bila dah dekat U tu...macam payah sikit..bukan sebab jauh, tapi dek kerana assignment yang datang macam rambutan yang bertimbun kemerahan kat atas pokok tu..erk? means banyak giler lah kan... insyaAllah untuk Ramdhan ni aku berniat nak berbuka dan berMaghrib kat masjid, tapi tak tahu lah dapat tunggu terawih ke tak..sebab tersangat lah pack minggu-minggu seterusnya...tapi kalau solat terawih sendiri tu mampu kot rasanya...insyaAllah
Of course lah untuk Ramadhan ni harus puasa penuh...erk? i means for boys lah...sebab perempuan ada excuses kan.. ^^, tapi for those boys yang smoke tu, boleh ke diorang puasa penuh ek? ye lah sebab that thing memang diorang perlukan untuk hari-hari diorang kan...so, entahlah..mungkin yang jenis iman kuat, insyaAllah boleh ketepikan nafsu tu kan..but kalau iman diorang kuat, why pulak diorang smoke kan? dah sah-sah smoke is 'haram' kan...wallahualam...hanya diorang tahu apa kebaikan that thing kan...kang kalau aku try, dah aku pulak yang ketagih kan?haha..*nonsense
Bab puasa penuh insyaAllah settle, <tak termasuk 'that' excuses> tapi bab-bab menggandakan pahala bulan Ramadhan ni...kena istiqamah sikit lah kan...kena rajin bangun solat taubat...insyaAllah aku nak khatam alquran Ramadhan kali ni...kena try dulu lah baru tahu sanggup tak sanggup kan..tapi insyaAllah sanggup, novel yang muka surat 1000++ aku boleh baca dalam masa 2 hari..tak kan lah tak boleh khatam al quran dalam masa 30 hari kan?tu dah namanya tak seimbang dunia akhirat kan?
Rasanya tu je nak post kali ni, sempena masuk Ramadhan ni...aku memohon ampun sepuluh jari di atas kesilapan yang aku lakukan samada sengaja ataupun tak sengaja...samada zahir ataupun batin..erk?ade ke...tak kisah lah...sama-samalah kita menggandakan pahala kita..bukan senang nak dapat peluang yang datang bergolek depan mata kita kan...so, kita gunakan lah dengan sebaik mungkin...insyaAllah kalau niat kita lakukan ikhlas kerana Allah, Allah akan permudahkan amalan kita...subhanAllah...
until then, see ya next post ya!
With love,Yantie
Salam
0 comments:
Post a Comment