"Saya dah cuba macam-macam cara tapi suami saya mesti ketagih merokok semula"
Selalu kakyan dengar rungutan macam ni dari mulut para isteri. Rimas sebenarnya bila ada orang sekeliling yang merokok, tambahan pula kalau suami sendiri. Lagi-lagi kalau kat tempat awam, segan bila orang pandang je suami kita sebab asapnya mengganggu mereka.
Tapi kakyan juga faham, bukan senang nak berhenti merokok. Selama ni bertahun-tahun hisap rokok. sekelip mata nak berhenti agak sukar juga lah. Sebenarnya perokok ni bukan tak cuba untuk berhenti. kalau mereka nekad memang boleh berhenti merokok. Tapi bila berjumpa semula dengan kawan-kawan yang merokok mereka mula lah jadi lemah lutut.
Memang susah kan nak start berhenti merokok ni? Haaa kalau suami dah nekad nak berhenti merokok benda paling penting adalah sokongan dari isteri dan anak-anak.
Jom kakyan kongsikan tips untuk mula berhenti merokok, semoga dapat membuka idea dan jalan bagi isteri perokok dan perokok itu sendiri.
1. PERSEDIAAN FIZIKAL
Penting untuk perokok ambil tahu kemungkinan yang akan berlaku pada mereka jika mereka berhenti merokok. Pertamanya mungkin akan berlaku penambahan berat badan selepas mereka berhenti merokok. Sebenarnya, apabila mereka berhenti merokok, deria rasa mereka akan menjadi lebih baik dari sebelumnya, ini akan mendorong selera makan mereka untuk bertambah.
Jadi untuk mengelakkan penambahan berat badan berlaku dengan jayanya, antara tips yang boleh diamalkan adalah pada fasa awal mereka nak berhenti merokok, sediakan makanan yang sihat kat rumah seperti buah-buahan atau kekacang yang sihat. Jadi bila mereka lapar, boleh lah makan buah-buah tersebut
2. PERSEDIAAN MENTAL
Antara sebab perokok ini gagal dalam usaha untuk berhenti merokok adalah kerana mempunyai mindset yang tidak kuat untuk berhenti merokok. Orang sekeliling mesti sentiasa ingatkan perokok ini tentang kebaikan jangka masa pendek dan jangka masa panjang yang akan mereka boleh lakukan apabila mereka tidak merokok. Tambahan pula, jika perokok itu sendiri mempunyai penyakit yang kritikal seperti jantung, dan paru-paru. Sentiasa ingatkan mereka tentang keburukan setiap sedutan rokok yang mereka ambil. Mungkin anda boleh senaraikan peningkatan taraf kesihatan di bawah ini, jika mereka dapat berhenti merokok:
- 20 minit pertama: Tekanan darah dan nadi anda berada pada kadar normal.
- 8 jam: Kuantiti nikotin dan karbon monoksida dalam darah anda berkurang kepada separuh, Oksigen dalam darah akan kembali kepada tahap normal.
- 24 jam: Karbon Monoksida hilang dari dalam badan anda. Paru-paru anda mula untuk mengeluarkan kotoran-kotoran daripada kesan merokok.
- 48 jam: Nikotin tidak lagi berada dalam badan anda. Deria rasa dan bau anda akan berfungsi dengan baik.
- 72 jam: Anda boleh bernafas dengan normal dan mudah. Badan anda akan menyerap lebih banyak oksigen dan tahap tenaga anda meningkat.
- 2 – 12 minggu: Kitaran darah anda akan kembali normal.
- 3 – 9 bulan: Masalah seperti batuk, selsema dan susah untuk bernafas akan berkurangan kerana daya fungsi paru-paru meningkat kepada sepuluh peratus (10%).
- 5 tahun: Risiko untuk anda kena sakit jantung berkurangan sebanyak separuh atau lima puluh peratus (50%).
- 10 tahun: Risiko kanser paru-paru berkurangan lima puluh peratus (50%) berbanding perokok. Risiko sakit jantung pula adalah sama seperti seseorang yang tidak pernah merokok!
3. PERSEDIAAN EMOSI
Apabila berkata tentang duit, sudah semestinya banyak penjimatan yang perokok boleh dapat jika mereka ambil keputusan untuk menghentikan tabiat tersebut. Secara psikologinya, sekiranya mereka tidak kira dan cuba bandingkan, mereka mungkin tidak mempunyai motivasi yang kuat.
Oleh itu, sekiranya anda seorang perokok yang menghisap rokok sebanyak 11 batang rokok sehari dan harga sekotak rokok adalah RM12:
- Bilangan rokok setahun: 11 rokok x 365 hari = 4015 rokok
- Bilangan kotak rokok (20’s) = 4015 rokok / 20 = 200 kotak
- Harga sekotak rokok (20’s) = RM 13.50
- Penjimatan setahun = 200 kotak * RM 13.50 = RM 2,700
- Penjimatan setiap bulan = RM 2,700 / 12 = RM 225
Dengan penjimatan ini, anda boleh membayar bayarnan bulanan untuk anda memiliki sebuah kereta Perodua Axia. Bayangkan tiap batang rokok yang anda hisap sekarang mampu memboleh anda untuk memiliki kerta, atau tiket kapal terbang ke kota eropah seperti Paris, Amsterdam dan Frankfurt. Fuhhh.. tanam motivasi ini dalam fikiran anda, insyaAllah lebih bersemangat untuk anda berhenti merokok.
VIVIX BANTU HILANGKAN KETAGIHAN MEROKOK
- Vivix membantu men-detox-kan nikotin dari dalam darah, organ, otak dan sebagainya. Apabila nikotin sudah tiada, rasa ketagih badan kita yang nak kan nikotin pun terus hilang.
- Perokok ni ada rasa 'feeling' masa mereka hisap rokok ni. Sebab itulah apabila mereka berhenti merokok, otak mereka mula rasa lain macam terbayang-bayang je kenikmatan hisap rokok tu. Dengan mengambil Vivix, ia boleh memberikan rasa nikmat itu, jadi bila ambil Vivix, dah tak rasa 'feeling' merokok itu.
- Vivix mengurangkan simptom withdrawal apabila berhenti merokok. Kalau kita dengar ramai perokok yang mula didatangi pelbagai penyakit bila berhenti merokok. Ini disebabkan badan terkejut dengan perubahan tersebut. Dengan ambil Vivix, ia boleh redakan rasa terkejut itu.
TESTIMONI VIVIX UNTUK BERHENTI MEROKOK.
Testimoni 1
Testimoni 2
Testimoni 3
Testimoni 4
Bagaimana Cara Nak Order Vivix?
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan sebotol Vivix hari ni, boleh terus buat pembelian Vivix Secara Online di sini(KLIK). Harga biasa sebotol Vivix ialah RM475 sahaja. Tapi spesial promosi bulan ni harga 2 botol VIVIX dapat diskaun sehingga ke RM760 sahaja daripada harga asal RM950!
Bukan saja dapat harga paling jimat, namun anda juga akan dapat:
1.FREE MEMBERSHIP seumur hidup
2. FREE POSTAGE keseluruh Malaysia
3. CASHBACK bonus pada bulan depan.
Memang jimat berganda ganda lah! Jom jom whatsapp kakyan sekarang, kakyan bagitahu macam mana caranya untuk dapatkan diskaun ni, jom? Boleh terus klik icon kat bawah ni. Kakyan guide dan bantu anda ye.
KakYan (1268629)
Pengedar Shaklee, Bakri Muar
Page : Pengedar Shaklee Bakri Muar
Instagram :shakleebykakyan
0 comments:
Post a Comment