Kudis Buta ataupun lebih dikenali sebagai scabies, merupakan sejenis penyakit kulit yang mudah berjangkit. Penyakit kudis buta ini akan menyebabkan rasa kegatalan yang keterlaluan pada permukaan kulit. Penyakit ni senang sangat nak berjangkit dan boleh dijangkiti melalui sentuhan kulit.
Kudis buta sebenarnya berpunca daripada serangan sejenis kutu/hama yang dikenali sebagai 'Sarcoptes Scabies' . Kutu ini merupakan sejenis makhluk parasit yang hidupnya menumpang pada makhluk lain dan merugikan makhluk yang ditumpanginya.
BAGAIMANA KUDIS BUTA BERJANGKIT
Penyakit ini dijangkiti melalui sentuhan langsung antara kulit ke kulit kerana kutu kudis yang berada di permukaan kulit tidak mampu terbang atau melompat dari permukaan kulit seseorang. Oleh itu, bahagian tangan merupakan bahagian pertama untuk dijangkiti kutu kudis ini. Seseorang individu boleh dijangkit penyakit ini sekiranya terdedah dalam tempoh yang singkat, iaitu hanya dalam 15-20 minit. Jika terdapat bilangan kutu kudis yang banyak pada permukaan kulit individu yang terjejas, maka transmisi kutu kudis itu berlaku lebih cepat.
Wabak jangkitan scabies biasanya berlaku di tempat-tempat awam seperti taska dan tadika, sekolah, asrama dan pusat-pusat penjagaan di mana orang ramai kerap berhubungan dan berinteraksi antara satu sama yang lain. Walau bagaimanapun, kutu kudis hanya mampu berkekal dan terus hidup selama 24-36 jam setelah berpisah daripada makhluk yang ditumpangi.
APAKAH SIMPTOM PENYAKIT KUDIS BUTA?
Simptom-simptom penyakit kudis buta mengambil masa lebih kurang dalam 2-6 minggu untuk timbul dalam badan seseorang setelah dijangkiti. Antara tanda anda terkena penyakit kudis buta adalah:
- Kegatalan - Simptom utama penyakit kudis buta adalah rasa kegatalan yang keterlaluan pada kulit. Rasa kegatalan ini amat teruk sehingga menyebabkan keadaan yang tidak selesa. Pada mulanya, rasa kegatalan hanya wujud setempat, khususnya di bahagian tapak tangan, tapi akan merebak ke bahagian-bahagian badan yang lain.
- Ruam - Ruam penyakit ini akan terbentuk dengan serta-merta pada permukaan kulit setelah rasa kegatalan itu muncul. Biasanya ruam akan kelihatan berbintik-bintik dan berketul-ketul merah yang boleh muncul di mana-mana bahagian badan setelah dijangkiti.
- Laluan/ terowong kutu kudis - Terowong atau laluan yang dibentuk oleh kutu kudis betina dapat dilihat pada permukaan kulit. Biasanya ia kelihatan seperti garisan-garisan nipis, halus dan berwarna gelap. Garisan ini biasanya dapat dilihat pada bahagian kulit yang longgar antara jari, bahagian dalam pergelangan tangan dan tapak tangan.
LANGKAH PENCEGAHAN JANGKITAN KUDIS BUTA
- Pesakit yang dijangkiti oleh scabies sebaiknya dikuarantinkan untuk ke sekolah sehingga betul-betul baik.
- Ibu bapa perlu menjauhkan anak-anak dari kanak-kanak yang dijangkiti oleh scabies sehingga selesai rawatan.
- Rawat seluruh ahli keluarga secara serentak
- Pastikan kebersihan diri dijaga rapi.
- Elakkan berkongsi barangan peribadi seperti tuala, kasut, pakaian dan sebagainya
- Jemur bantal, tilam di bawah matahari
- Rendam pakaian dengan air panas dan cairan antiseptik
- Rawat jangkitan dalaman dengan vitamin.
1. Mandikan dengan BASIC H Shaklee
Basic H adalah adunan pencuci organik yang seratus peratus pencuci serba guna. Cuma masukkan satu sudu cairan di dalam besen, dan biarkan anak berendam di dalam besen tersebut.
2. Basuh semua pakaian menggunakan Basic H Shaklee.
3. Sapu Herbal Blend setiap kali selepas mandi,
Herbal Blend Shaklee bagus untuk 1001 masalah kulit, sesuai untuk melegakan keradangan kulit. Kulit sentiasa lembap untuk elakkan rasa gatal.
4. Rawat dalaman dengan Vivix
Vivix membantu memperbaiki sel yang rosak dan membantu pertumbuhan sel baru yang lebih sihat.
TESTIMONI SHAKLEE TANGANI SCABIES
KakYan (1268629)
Anda mengalami masalah SCABIES? Mungkin ini masanya untuk anda atasinya dengan segera. Jom klik icon di bawah ni, jika anda berminat.
KakYan (1268629)
Pengedar Shaklee, Bakri Muar
Page : Pengedar Shaklee Bakri Muar
Instagram :shakleebykakyan
0 comments:
Post a Comment