Dah nak mai dah

Hai hai hai...lama dah tak hapdet blog ni...pasainya online guna phone, bila dah kat umoh ni.. super duper malas nak on laptop ni...
 

Ha ye saya kat umoh dah, cuti sem wee wee wee...adush banyak benda basi dah ni... ye saya tengah cuti sem, and result dah keluar dah powng...alhamdulillah syukur dengan result sebegitu, sebab at first pikir memang repeat 1 subject ni sebab study last minute plus time final tak boleh nak jawab sangat...tapi kuasa Allah siapa boleh tolak kan? Pasai tu lah bila kita rasa kita dah usaha, sentiasa berdoa dengan Allah...berdoa sepenuh hati dan sedetail-detailnya sebab mana mungkin Allah nak tolak doa hambaNya yang bersungguh sungguh kan?...weeee





oh yea, how your ramadhan? alhamdulillah siapa-siapa yang dapat istiqomah solat terawih tu... yang dapat khatam al-quran pon alhamdulillah...saya tak sempat, sob sob...insyaAllah, kalau Allah sempat pertemukan saya dengan ramadan akan datang, cuba berazam khatam al-quran...semoga dipertemukan...aminn..


ha berbalik pada tajuk entry ni..apa yang dah mai dah ni?ni ha syawal nak mai dah! tapi ramadan pulak mahu tinggalkan kita....sedihhhh...



So, moga-moga syawal ni kita istiqomah kan amalan-amalan masa ramadan kita, yang baru start solat malam dek kerana mengejar lailatulqadar, istiqomah kan after ramadan pon begitu...hok yang dah belajar tutup aurat dengan sempurna time ramadan tu, jangan jadikan raya ni sebagai pesta berfesyen.... teruskan menutup aurat..

___________________________________________________________________________________
*Jangan lupa buat puasa enam nanti, raya-raya jugak..pahala jangan lupa gather...
*Solat jangan tinggal. paham dah, kalau time beraya ni, kita leka waktu tu berjalan,  yelah dek sebab beraya sakan kan..so kena  pastikan solat tu pun terjaga, barulah perjalanan kita dijaga oleh Allah..:)
*Elakkan tabaruj iaitu berhias berlebih lebih....toksah lah make up over sangat, nanti ambil wuduk payoh nak hilang...
*Jaga pergaulan. Time raya ni, sedare mara mulalah berkumpul...seronok! tapi ingat, hok yang sepupu lelaki (bagi perempuan) jangan lah dok pegang-pegang... dok dekat-dekat pun toksah..lebih baik berjaga-jaga kan?
*Beware bila nak salam...hok ni payoh sikit, sebabnya..kadang-kadang orang tua ni suka menghulur. lagipun susur galur keluarga panjang berliku-liku..so untuk elakkan kekeliruan ataupun dapat dosa...salam dengan yang perempuan je, yang lelaki-lelaki ni paham lah kot nanti...weeeee
___________________________________________________________________________________



insyaAllah kita sama-sama try jadikkan bulan syawal ni satu lagi bulan yang memperkuatkan kita untuk berhijrah...amin...



Until thenn see ya next post
With Love,
NAMN

0 comments:

Post a Comment