Kematian dekat dengan kita

Morning uollss...why morning? sebab saya update ni after subuh...mengikutkan pada plan asalnya sepatutnya nak pergi jogging pagi ni, tapi semalam lupa pulak pada kaki saya ni yang cacat sementara akibat jatuh kat office semalam..so terpaksa lah dicancelkan niat tu..hihi


Korang-korang...pernah tak korang terfikir macam mana lah agaknya cara kita mati nanti kan? saya selalu terfikir,sebab accident ke? subhanAllah takutnya bila fikirkan...ye lah amalan yang sedia ada ni rasa macam belum cukup je...

Sekarang ni pun banyak je kan kita dengar tiba-tiba je salah seorang member kita ni dah kembali ke rahmatullah..kebanyakannya sebab accident...salah satu tanda kiamat ialah ramai orang mati mengejut.. accident ni bukan kita boleh jangka kan, kadang-kadang kita bawak motor dah rasa paling betul dah, then another pemandu yang tak betul yang boleh menyebabkan kita terlibat sama...fuuhhh, jauh-jauhkan lah dari accident..actually semalam masa nak pergi dinner with my family , on the way tu ternampak dua accident, satu accident tu motor masuk bawak kereta..sangat-sangat mengerikan bila fikir...='(



Then baru baru ni, ada seorang saudara terdekat saya meninggal bukan sebab accident atau penyakit but sebab terkena buatan orang...astaghfirullahalazim...tak tahu lah nak cakap apa kalau hal yang berkaitan dengan benda-benda halus ni..actually, saya tak percaya with that kind of 'thing' tau..but bila benda macam ni dah terjadi saya jadi terfikir kenapa lah mereka ni menggunakan ilmu-ilmu macam tu untuk bermain dengan nyawa orang..mungkin mereka terlupa pada sang pencipta yang di atas sana...DIA yang mengatur ajal dan maut..in sya Allah , balasan yang setimpal Allah sudah merencanakan...



Rasulullah s.a.w pon berpesan kepada umatnya untuk sentiasa meningati kematian, so that kita sentiasa memperbanyakkkan amalan kita ni untuk  sentiasa bersedia menghadapi kematian yang kita sendiri yang tak tahu bila tarikhnya..wallahualam..



bersediakah kita menghadapi kematian? tepuk dada tanya iman...

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu tetapi mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah."(Riwayat At-Tirmidzi)



until then see ya next post


with love
NAMN
Salam

0 comments:

Post a Comment