Ramai yang tanya tentang vacation kakyan  last two weekend (20-22 Julai 2018). Kakyan ke Pulau Redang je, still dalam Malaysia.. So kakyan nak kongsikan iteneri Pulau redang, lambat-lambat takut lupa nanti.

Since Januari 2018 kitorang dah book tiket flight, sebab tiket Air Asia tengah promosi RM98 tiket return. Jadi cepat cepat lah kakyan grab offer tu.


Untuk pakej pula lepas buat beberapa survey, kitorang pilih untuk menggunakan pakej Redang Lagoon, yang kakyan book dari website Holiday Go Go. RM320.75/seorang untuk group 4 orang. Pakej ni termasuk Snorkeling, Penginapan & Makan.


Quotation dari Holiday GoGo
🎊20/7/2018 (Jumaat)🎊


Malam khamis kitorang dah tidur dekat hotel area Terengganu, pagi jumaat cuma perlu ambil grab untuk ke jeti. Kami naik feri dari jeti Shahbandar. Nak masuk Pulau Redang ada dua jeti iaitu Jeti Merang dan Jeti Shahbandar, disebabkan Jeti Shahbandar   ni dekat dengan airport, kami pilih untuk naik dari situ. 
Tiket feri pergi dan balik, Marine Park Tiket, Bag Tagging
Untuk pengetahuan anda, dalam pulau takde kedai runcit tau. Tak tahu lah kalau kakyan tak jumpa. Jadi sebelum masuk pulau, beli makanan buat bekalan siap-siap. Lapar lapar time malam boleh ngonyel ngonyel.

Untuk masuk pulau, anda kena beli tiket Marine Park RM5/head. Nanti anda akan dibekalkan tiket feri pergi dan balik, pastikan simpan hingga keluar pulau semula dan anda akan dapat tag resort untuk diletakkan di beg. Pastikan datang awal ke jeti sebab beratur panjang yakmat ke untuk feri. Feri untuk masuk ke dalam pulau bertolak jam 9.00-9.30 pagi. 
Dalam feri Sejahtera 2

Pemandang feri dari belakang
Perjalanan dari jeti Shahbandar ke Pulau ambil masa dalam satu jam setengah. Feri tak boleh turunkan kita kat persisir pantai, nanti ada satu lagi bot akan datang untuk transfer penumpang dan bag bag.  


Transfer ke bot yang lebih kecil
Bot ni ada platform untuk terus turun dekat pantai

Bila tiba kat Pulau, pekerja-pekerja resort masing-masing akan collect bag yang mempunyai tag resort mereka. Macam kakyan Lagoon Resort, mereka akan ambil beg dan diletakkan di kenderaan bawah ni. Tak tau nak gelar lori ke truck. 

Truck yang angkut beg ke resort

Mereka akan bawa beg kita kat resort, kalau malas nak jalan boleh je kalau nak naik, tapi kakyan prefer jalan kaki je.

Sampai resort kakyan terus check in masuk bilik, kakyan dapat bilik G2, kira depan juga lah menghadap pantai. 



Our room. dekat dengan pantai dan dining area

Ada 2 Queen Bed, satu tingkat atas, dan satu tingkat bawah.
Jam 12 kitorang ke dining area untuk makan tengahari.


Dining Area



Aktiviti pertama adalah snorkeling pada jam 2 petang. Oh ya pakej tak termasuk Snorkeling Equipment dan Safety Jacket tau. Jadi anda kena sewa Snorkeling Equipment RM10/head dan Safety jacket RM10/head. Sepanjang berada di sana anda boleh bawa equipment tu balik bilik, hari terakhir baru pulangkan semula.

Jam 2 semua berkumpul di depan dining area dan akan diberi taklimat ringkas oleh beach boy, point pertama di Sungai Keling, 
Dalam bot nak pergi Snorkeling

Dua orang yang first time snorkeling dan dua orang yang gila snorkeling

honestly kakyan tak enjoy untuk point hari pertama ni, sebab sangat bersesak dengan orang lain, ada dalam 5 bot besar serentak turunkan peserta dekat situ, satu bot boleh muatkan dalam 20 orang. Jadinya lebih kurang 100 orang bersesak nak snorkeling situ!. Tak boleh nak kuak tangan pun, sebab sangat bersesak. Lebih kurang 1 jam setengah dekat situ, terus balik ke resort semula.


Kitorang sambung snorkeling depan resort, lagi seronok snorkeling kat situ sebab ikan banyak dan tak perlu bersesak sesak. Selesai snorkeling, balik bilik siap-siap dan makan malam jam 8 malam disediakan.


Ikan dekat pantai depan resort


🎊21/7/2018 (Sabtu)🎊

Aktiviti hari kedua bermula pada jam 9.30 pagi, kami dibawa ke Marine Park di Pulau Pinang, bukan negeri, tapi nama pulau tu memang Pulau Pinang, 


Marine Park



So far point ni better dari point hari pertama sebab banyak ikan, dan coral Nampak cantik. Air pun tak terlalu dalam. Marine park ni terletak di persisir pantai je tau, jadi boleh lah rehat rehat kat pantai kalau kepenatan. Lebih kurang 1 jam setengah snorkeling, dan balik ke bilik untuk solat dan makan tengahari.

Jam 2.30 kitorang sambung snorkeling dan tempat ke tiga ni pon sangat disappointed juga. Ikan takde, coral pon biasa je, Cuma ada banyak batu batu besar je..haha

Untuk memujuk hati kitorang, kitorang buat keputusan untuk ambil pakej tambahan iaitu pergi ke Turtle Point. Aktiviti ini sepatutnya jam 5 petang, tapi jam 6 baru gerak ke tempat tersebut. Pakej ni RM35/head. Mula-mula memang takut nak berharap, untuk nampak turtle tu. Tapi once sampai sana bila nampak turtle tu, seronok tak terkata.Turtlenya jinak, cuma kakyan takut kena gigit. Sebab sebelum tu dimomokkan dengan bahayanya gigitan turtle tu. Tu yang melenting lenting bila dia mai dekat. ðŸ˜‚



Me and Turtle


Balik semula ke resort dalam jam 7.00 malam macam tu, kami decide untuk free gadget tak moh ambik gambar dah, nak enjoy the view and the nature, mandi puas-puas depan chalet tu.

Dalam jam 8 kitorang balik bilik, dan kebetulan kitorang nampak ramai orang dekat dining ingatnya nak tanya je sampai jam berapa BBQ, tapi rupanya setengah jam je berbaki sebelum close counter. Kelam kabut lah kakyan dengan kawan kakyan membakar bbq. Yang ni pon kakyan rasa sangat tak praktikal, sebab kita kena bakar sendiri perapan ayam sotong dan ikan tu. Mungkin ada yang suka je bakar sendiri, tapi penat kott baru lepas snorkeling. Nak kena bakar sendiri semua..haha
Then after bakar, kitorang makan kat gazebo tepi pantai, dan pergi jengah kejap pertunjukan api. Cadang nak berjalan along the beach, tapi baru setengah jalan nampak depan resort lain ada tarian atas pentas macam tak best je. Terus kami balik bilik, boleh berehat!

🎊22/7/2018🎊

Hari ketiga hari check out! cuma sarapan pagi disediakan. Kami kena tunggu bot pada jam 11 pagi, jadi jam 10 macam tu kitorang dah check out. Dan kami terus keluar dari pulau.

So far kalau tanya best tak Redang. Personally my heart goes to Pulau Perhentian more. Sebab Pulau Perhentian lebih banyak point untuk snorkeling, coral ikan semua cantik. Penduduk tempatan baik-baik dan perhentian lebih ada suasana islam tu. (Kalau duduk perhentian kecil lah)

Apa apa pun korang boleh juga pergi, the view never dissappointed us.

Ok macam biasa perkara wajib bawak, of course
    Bawa Aloe Vera gel, lepas snorkeling boleh terus tonyoh sebab confirm sunburn😂
Bawa minyak angin, sebab malam senang kalau sengal sengal badan
Bawa first aid, sebab takut ada tragedi berdarah macam kami😂
Bawak iron, kalau tak berkedut lah tudung korang sepanjang kat sana
Disarankan bawak beg waterproof, semua boleh letak dalam tu..sebab dalam bot pon insecure kalau bawak beg biasa

Beli casing phone waterproof, senang nak ambil gambar

Bawa gopro or sewaktu dengannya, sebab gambar serius cantik guna gopro lagi lagi








Jom tengok travelog kakyan kat bawah ni.





Ok tu je setakat ni, kalau ada yang tertinggal nanti saya update. Semoga membantu korang rancang percutian!


Perkara yang paling menggusarkan bagi ibu-ibu yang baru lepas melahirkan anak sudah tentulah mendapatkan semula bentuk badan sebelum mengandung. Untuk ibu yang pertama kali melahirkan anak mungkin proses ini lebih mudah, tetapi bagi mereka yang sudah masuk kali ke 3 atau ke 4  kehamilan, proses ini menjadi agak sukar.

Untuk artikel kali ni, kakyan nak kongsikan cara mudah untuk turunkan berat badan selepas bersalin. Jom cuba!


#1 Bengkung

Salah satu cara yang sangat berkesan untuk mengempiskan perut anda selepas melahirkan anak adalah menggunakan bengkung selama beberapa jam pada waktu pagi. Kalau kita membuat carian di google, berbagai jenis bengkung sudah ada di Malaysia ni, sinonim bagi orang melayu untuk berurut selepas bersalin dan memakai bengkun. Bengkung yang sangat berkesan adalah bengkung tradisional orang melayu.

Bagi ibu-ibu yang melahirkan anak secara pembedahan tidak digalakkan untuk menggunakan bengkung tradisional sehingga sekurang-kurangnya selepas 4-6 minggu selepas pembedahan. Tapi, anda digalakkan untuk memakai bengkung modek supaya dapat memberi sokongan kepada otot perut yang sudah kendur. Ia dapat mengelakkan rasa sakit pada luka pembedahan akibat banyak bergerak.

#2 Madu dan Lemon

Ini adalah cara yang mudah untuk menurunkan berat badan selepas bersalin. Iaitu dengan cara mencampurkan segelas air suam dengan jus lemon dan setengah sudu teh madu. Minum dengan perut kosong ataupun sebelum makan.

Untuk lebih berkesan, minum air campuran ini sebaik saja bangun dari tidur, dan jangan minum apa-apa selama setengah jam.

#3 Teh Hijau

Tahukah anda, secawan teh hijau dapat membantu pembakaran lemak dalam badan anda. Teh hijau juga kaya dengan antioksidan. Ia mempunyai kafein tapi dalam kuantiti yang sedikit. 

Pastikan anda mengambil teh hijau tanpa gula. Kalau tak sampai bila tak kan kurus


#4 Diet yang Seimbang

Pengambilan sayur-sayuran, buah buahan dan protein yang sihat dapat membantu proses menurunkan berat badan. Haramkan air bergula masuk ke dalam badan anda. Walaupun anda berazam untuk kuruskan badan, pengambilan makanan secara kerap juga penting untuk proses pemulihan semula badan anda, dan untuk membekalkan susu yang cukup untuk bayi anda

#5 Pengambilan Makanan Tambahan yang Terbaik

Pengambilan Makanan Tambahan yang Terbaik dapat membantu proses penurunan berat badan anda. Jika anda bijak memilih, anda akan dapat kesan 3-in-1 iaitu, Anda Kurus, Wajah Cantik dan Bayi Kenyang dengan Susu Melimpah Ruah.

Kakyan nak kongsikan makanan tambahan yang terbaik menurut kajian iaitu vitamin dari produk Shaklee. Set Lepas Bersalin Shaklee ni bukan sahaja bantu untuk anda kuruskan badan, tapi juga dapat merangsang pengeluaran susu yang meriah untuk bayi anda.




Kebaikan dan Manfaat ESP Shaklee.


ESP shaklee mempunyai protein yang tinggi, terbaik untuk ibu baru lepas bersalin untuk memberikan rasa kenyang dan membantu untuk kuruskan badan. Dengan pengambilan ESP Shaklee anda tidak perlu sentiasa mengisi perut dengan makanan yang berat-berat, kerana ia sendiri membantu anda kurang berasa lapar. Lebih mudah untuk turunkan berat badan.

Selain itu, ia juga berfungsi sebagai Milkbooster untuk menghasilkan kuantiti susu yang lebih, tambahan pula susu ibu menjadi semakin pekat sekaligus membuatkan bayi cepat kenyang.

ESP Shaklee juga berupaya untuk mempercepatkan penyembuhan luka selepas bersalin dan membantu untuk menghilangkan kesan parut selepas bersalin.
Kebaikan dan Manfaat Alfafa Shaklee

Alfafa Shaklee membantu menyingkirkan lemak  dan kolestrol untuk turunkan berat badan, ia juga berfungsi sebagai detox untuk membuang toksin dalam badan anda. Alfafa juga terkenal sebagai milkbooster untuk banyakkan susu badan.

Alfafa Shaklee berupaya untuk memulihkan urat seleas bersalin dan memberikan kelegaan semasa haid. Ia melegakan rasa kebas, sakit sendi dan keletihan.

Kebaikan dan Manfaat Lecithin Shaklee

Membakar dan memecahkan lemak sangat membantu untuk kuruskan badan. Ia juga dapat membuang asid yang tidak diperlukan oleh tubuh. Lecithin memastikan lemak-lemak terapung pada darah dan disingkirkan dari badan. 



Testimoni Set Kurus Selepas Bersalin






Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.




Untuk sebarang pembelian dan konsultansi boleh hubungi saya, kakyan (Pengedar Youth Bakri Muar)  dengan cara klik di icon di bawah ni.







Atau anda boleh beli terus dari website dengan cara klik di ikon bawah ni

KakYan (1268629)
Pengedar Shaklee, Bakri Muar
Instagram :shakleebykakyan

Tahu tak? masa zaman kakyan belajar, kakyan suka buat kerja side income tau. Sebenarnya walaupun kita belajar, tak melimitkan kita untuk jana pendapatan sendiri. Walaupun dapat pinjaman semasa belajar, mesti masih tak cukup kan? tambah-tambah lagi kalau dah tahun akhir, banyak sangat nak pakai duit. 

Masa zaman degree kat Shah Alam, kakyan duduk rumah sewa. Mula lah buat side income  niaga kek batik. Jenuh juga lah setiap kali balik kelas naik bas beli barang kat Speedmart Seksyen 7, lepastu balik rumah dekat PKNS, kalau untung dapat lah bas. Kalau tak untung, menapak lah balik rumah sewa. 

Sekarang, walaupun dah lama tinggalkan zaman belajar. Kalau kakyan pergi bercuti dengan kawan kakyan, diorang mesti request kek batik kakyan. Seronok sebenarnya tengok orang suka makan makanan yang kita buat.



Ok untuk mendapat lebih hati yang gumbira, untuk artikel kali ni kakyan nak kongsikan Resepi Kek Batik Sedap by Kakyan. Dengan tak malunya claim makanan sendiri sedap kan? 

Step By Step Kek Batik by KakYan




Sediakan bahan-bahan seperti diatas ni, 

2 sudu serbuk koko
Separuh Tin susu pekat krimer (Tak kisah jenama apa)
1 buku Mentega, Jenama Buttercup untuk kekalkan kelembutan walaupun masuk chiller
1 cawan Serbuk coklat, Vico/ Milo (Kedua-duanya takde pek kecik tadi, terpaksa try and error guna dutch lady)
1/2 Pek Biskut Marie (Dipatahkan kecil kecil)




1.Panaskan kuali atas api dengan api yang perlahan, masukkan butter. Kacau butter sehingga cair sepenuhnya



2. Masukkan 2 sudu  serbuk koko, sentiasa kacau supaya adunan tidak berketul-ketul

3. Masukkan separuh tin susu pekat manis ke dalam adunan tadi.



4. Masukkan serbuk coklat dengan kuantiti sedikit demi sedikit, dan sentiasa kacau supaya adunan tidak berketu;-ketul



5. Tunggu sehingga adunan mendidih, dan boleh padamkan api.




6. Masukkan satu senduk adunan tadi ke dalam bekas, ratakan.


7. Susunkan biskut Marie yang anda dah patahkan tadi, dan lapiskan semula dengan adunan coklat tadi



8. Dah siap sampai habis adunan coklat, boleh masukkan dalam freezer, lepas setengah jam dah boleh makan dahh!



Nyummeh!


Boleh buat minum petang, dihidangkan dengan Performance Drink pula memang terbaikkkk.

Selamat Mencuba!