Alhamdulillah sempat update blog! yeaaa



Lama dah jari2 comel molek ambo ni tak menaip..bohong bebeno ler tu, oke oke lama tak menaip blog ni... Technology move to fast, ambo banyak update dekat facebook, instagram.. ye lah apps tu semua jenis smartphone, and tak perlukan idea sebukit untuk menaip macam blog ni...

Banyak sebenarnya benda terjadi in my life, tapi tak berkesempatan nak share kan ke sini.. Last ambo update pon pasal awal2 sem berpindah ke jasin.. and now dah nak habis cuti sem pon..nampak tak betapa gigihnya study...*study sangat*


Now student part 5 multimedia computing tengah praktikal, only short practical during semester break, so memang tak sempat nak berusik pon project final year ambo, tu satu hal..lagi satu hal laptop ambo pulak rosak..memang berteleku lah tak boleh nak buat apa-apa...semester depan memang kena work hardests sebab dah last semester, dengan project fyp lagi, dengan persatuan islam kampus lagi, memang tak terkejar dek kaki ni nak fokus semua..tapiii... Allah kan ada, kita cuba je selagi mampu Allah akan susun semua tu baikkkk punyaa...


Gosh, memang tak de idea dah nak taip apa lagi...insyaAllah bila ada idea sambung lah ye.. Mungkin sebab lama sangat tak update blog sel-sel otak lambat berhubung... until then see ya next post!insyaAllah


XOXO
NAMN

Salam
Alhamdulillah sempat menghapdet blog...wuwuwuwu lama nya tak hapdet...

allahumma solli ala sayyidina muhammad wa ala ali muhammad
allahumma solli ala sayyidina muhammad wa ala ali muhammad
allahumma solli ala sayyidina muhammad wa ala ali muhammad


Bismillahhirrohmanirrohim...

Akhirnya persoalan yang dok tersangkut-sangkut terjawab juga.. and here i am at UiTM Jasin..
Seronok sebab dekat dengan rumah, tak seronok sebab nak gi kelas tu jauh... sebab rumah sewa sekarang kat Serkam.. lebih kurang 20 minit lah nak pergi kelas...

Merungut tak sudah ye...ish3...

Okayh...alhamdulillah jasin ok, yeah betul2 okay tau, bukan sarcsm..huhu... yang terpaling best sebab walaupun panas terik macammana pon cuaca.... tapi angin dia. subhanAllah kuat gila... rasa macam buat photoshoot artist pulak kain tudung semua terbang-terbang...haha...

InsyaAllah this sem will be start  my final year... dah kena pikiaq pasai final year project, insyaAllah dah ada idea, cuma still belum cari supervisor.. may Allah ease everything... sebab benda ni yang akan menyebabkan pointer jatuh atau turun bergolek2...

Actually, this sem will be hardest sem for me lah, donno why... tapi masih kuat di hati yang Allah ada, selagi percaya pada Yang satu, everything will be fine. insyaAllah..

ok just nak cerita itu je...tak de idea, seyes !

p/s: Moga Allah permudahkan usaha kita menjejaki MH370, apa-apa keputusan pun terima dengan redha, sebab Allah sebaik2 perancang.. ^^

Housemate tersayang.. :)


ok bubye, 
with love, NAMN
Allahumma solli ala sayyidina muhammad wa ala alihi wasobbihi wassalam
Allahumma solli ala sayyidina muhammad wa ala alihi wasobbihi wassalam
Allahumma solli ala sayyidina muhammad wa ala alihi wasobbihi wassalam

Assalamualaikum sahabat sahabat... aa rindu nak menulis, alhamdulillah diberi idea oleh Allah untuk menulis lagi..

Nak dijadikan cerita, hari tu ana scroll scroll facebook, lepas tu ternampak satu post sahabat ana, gambar 1 buku ni, tajuknya Zainab al Ghazali.. then ana terfikir siapa Zainab al Ghazali ni sebab tak pernah dengar pasal nama ni.. ana pun mulakan research pasal beliau.. and izinkan ana kongsikan pasal beliau di sini ye.. ^^

Siapa Zainab al Ghazali



-Zainab al Ghazali dilahirkan pada 1917, berketurunan sahabat nabi Umar al khattab r.a .
-Beliau memperjuangkan islam sejak remaja dengan menyertai Kesatuan Islam Mesir pada tahun 1938, means umur beliau masa tu dalam 21 tahun lah kan... ana 22 tapi sumbangan pada islam? *nangis*
-Then after tu beliau keluar dari Kesatuan Islam Mesir dan tubuhkan Persatuan Jemaah Wanita Muslimah. Tujuan PJWM ni untuk pertahankan hak hak wanita mengikut ajaran islam.

Menyertai Ikhwanul Muslimin

-Dalam masa yang sama ketika ini Hassan al Banna gigih menggerakkan Ikhwanul Muslimin(IM), hassan al banna meminta Zainab untuk mengetuai sayap wanita dalam IM. Namun tawaran itu ditolak, tetapi beliau akan membantu IM jika diperlukan.
-Pada tahun 1948, IM mengalami kejatuhan yang teruk, ramai ahli IM ditangkap. Harta-harta dirampas. Setelah peristiwa itu, Zainab al Ghazali bersetuju untuk bergabung dengan IM, dan mengangkat bai'ah kepada Hassan al Banna untuk bergerak bersama membina semula daulah islamiyah.

Gugurnya as syahid Hassan al Banna

-12 Feb 1949 komplot untuk membunuh Hassan al Banna dijalankan, dan gugurlah seorang pejuang islam.
-Zainab al Ghazali tidak berputus asa untuk berjuang dan berbai'ah kepada pengganti Hassan al Banna iaitu Hassan al-Hudaibhi
-Pada tahun 1954, IM mendapat tentangan hebat dari pemerintah mesir ketika itu iaitu Jamal Abdul Naseer. IM diharamkan di Mesir.
-Pada tahun 1965, Jamal Abdul Naseer menuduh Zainab dan pemimpin pemimpin IM cuba membunuhnya.
-Sebelum itu, Jamal Abdul Naseer  menawarkan menjadi menteri kebajikan kepada Zainab, dengan syarat Zainab menyertai parti kerajaan. Tetapi Zainab menolak dengan berkata

"Dalam perjuanganku,aku tidak ingin menjadi menteri, aku hanya ingin berdakwah" 

-Kesannya beribu-ribu ahli IM ditangkap, termasuk Zainab.
-Zainab dan ahli-ahli IM diseksa teruk didalam penjara. Zainab diseksa dipukul teruk, direndam dalam penjara air, ancaman untuk dirogol tetapi dengan kuasa Allah, Zainab berjaya mengalahkan tentera-tentera yang ingin merogolnya itu.
-Tubuhnya disajikan kepada anjing liar yang kelaparan, tetapi dengan lindungan Allah, anjing liar itu terus tidak menyentuh tubuhnya.

Pembebasan Zainab Al-Ghazali

-Zainab al ghazali dan pemimpin-pemimpin lain dibebaskan selepas kematian Jamal Abdul Naseer
-Selepas pembebasan, zainab semakin aktif perjuangkan islam.
-Beliau terkenal dengan penulisan "Return of pharaoh" yang telah diharamkan oleh kerajaan mesir ketika itu, kerana ditujukan kepada pemimpin ketika itu.
-Beliau dijemput ilahi pada tahun 2005.

Kata-kata Zainab kepada suaminya

Zainab Al Ghazali: Ketika kita sepakat untuk menikah dahulu, ingatkan kau akan apa yang aku  
                                   katakan kepadamu tempoh hari?

Suami :  Tentu aku ingat, kau ajukan suatu syarat. Tetapi masalahnya sekarang aku khuatir atas
              keselamatanmu, sebab sekarang kau sedang berhadapan dengan si zalim itu(Jamal Abdul 
             Naseer)

Zainab Al Ghazali:  Aku masih ingat benar apa yang ku ucapkan kepadamu, iaitu:

"Kau sebagai calon suamiku harus tahu bahawa aku memikul sesuatu sepanjang hidupku. Kerana kau sudah menyatakan persetujuan untuk menikahiku, maka wajiblah aku untuk mengungkapkan kepadamu dengan harapan agar kau tidak bertanya lagi tentang hal itu.

Tanggungjawab berat yang ku pikul sekarang adalah kedudukanku selaku Ketua Jammaáh Assayidat Al -Muslimat(Persatuan Jemaah Wanita Muslimah.). Dan aku tidak akan melangkah mundur atau keluar dari garis perjuangan ini. Aku yakin bahawa memang suatu waktu aku akan jauh melangkah di medan dakwah sehingga akan terasa bertentangan dengan kepentingan peribadimu dan kepentingan perniagaanmmu bahkan dengan kepentingan kehidupan suami isteri. Dan apabila yang demikian itu sudah sampai pada posisi sebagai penghalang dakwah dan rintangan untuk mendirikan Negara Islam, nampaknya jalan kita sudah menjadi saling bersimpangan"
                             
Pada waktu itu kau menundukkan kepalamu ke tanah. Ketika aku angkat mukamu, aku lihat air matamu tertahan pada kelopak matamu. Lalu kau berkata, 
"Mintalah apa saja yang kau hendaki"

Namun aku tidak minta apa pun darimu, tidak juga mas kahwin. Lalu kau berjanji bahawa kau tidak akan melarang aku menunaikan tugas di jalan Allah.
"Aku sudah bertekad akan mengetepikan masalah perkahwinan dari hidupku, agar aku dapat memusatkan perhatian sepenuhnya dalam bidang dakwah. Dan kini bukanlah maksudku untuk meminta kau turut serta dalam jihadku ini, melainkan adalah hakku kiranya untuk meminta syarat darimu agar kau tidak melarangku berjihad di jalan Allah. Dan apabila tanggungjawab meletakkan aku di barisan hadapan para mujahidin, janganlah engkau bertanya kepadaku apa yang aku lakukan.Hendaknya antara kita dibina rasa saling percaya. Relakanlah isterimu ini yang sudah menyerahkan dirinya untuk jihad fisabilillah dan demi berdirinya Negara Islam yang sudah menjadi tekadku sejak berusia 18 tahun. Apabila kepentingan perkahwinan berlawanan dengan kepentingan dakwah kepada Allah, maka perkahwinan akan berhenti dan kepentingan dakwah akan terus berlanjut dalam semua kegiatan dan kehadiranku..." 

                     Apakah kau masih ingat?

Suami: Ya

Zainab Al Ghazali: 

Kini aku mohon agar kau memenuhi janjimu itu. Jangan bertanya aku bertemu dengan siapa. Dan aku memohon Allah agar pahala jihad ini dibahagi antara kita  berdua bila Dia berkenan menerima baik amalki ini. Aku menyedari bahawa hak mu lah untuk memberi perintah kepadaku untuk aku patuhi. Tetapi Allah SWT dalam diriku lebih besar dari diri kita dan panggilanNya terasa lebih agung 
___________________________________________________________________

Ana rasa kerdil sangat bila baca mengenai beliau..Allahurobbi, beliau wanita yang kuat, masih dapat bertahan walaupun diseksa teruk oleh tentera Jamal Abdul Naseer Laknatullah.. Rasa-rasa kalau ana lah di seksa, mampu tak bertahan?? T_T

Dunia sekarang ni, semakin banyak jihad yang kita kena buat, Allah wajibkan kita semua ni berdakwah. Bukan setakat rukun islam je settlekan, banyak lagi tanggungjawab kita.

Tapi kalau benda-benda wajib yang basic pun tak buat, macammana nak berjihad? apa nak jawab depan Allah nanti?

Ingatlah sahabat-sahabat, ana serious sangat takut. Jangan kita mengulang semula zaman jahiliyah sebelum kedatangan nabi dulu. Kita hidupkan sunnah nabi, kita dahulukan Allah dalam segala hal. InsyaAllah, kita melangkah perlahan-lahan okeyh?

Wallahualam.

Lahaulawala quataillah billah.


With love,
NAMN