Berita baik kepada sesiapa yang ada masalah eye bag setiap kali tidur lambat! Introducing Youth Restoring Eye Treatment Shaklee! Krim mata Youth Shaklee ni formulasinya memang sangat-sangat boekkkk tau!

Ok dalam entri ni kakyan nak kongsikan keistimewaan dan kebaikan krim mata yang terbaik ni sehingga kan anda takkan pandang krim mata yang lain dah. Wuhuu. Sebelum tu marilah kita ketahui terlebih dahulu, apakah itu eye bag dan bagaimana ia boleh terjadi.


APA ITU EYE BAG?

Eye bag ni adalah pembengkakan yang sederhana atau bengkak di bawah mata anda, yang selalunya lebih kerap terjadi apabila usia anda semakin meningkat. Dengan penuaan, tisu di sekeliling mata anda, termasuk beberapa otot yang menyokong kelopak mata menjadi semakin lemah. Lemak yang selalunya bantu menyokong mata mula berpindah ke bahagian bawah kelopak mata menjadikan kelopak menjadi membengkak. Cecair juga mula berkumpul di ruangan bawah mata anda, dan menjadikannya nampak semakin membengkak.

SIMPTOM-SIMPTOM

Beg di bawah mata termasuk:
  • Pembengkakkan yang sederhana
  • Kulit menjadi berkedut
  • Lingkaran gelap
BAGAIMANA EYE TREATMENT SHAKLEE BANTU HAPUSKAN EYE BAG?

Krim mata dari Youth Restroing Eye Treatment Shaklee dihasilkan untuk membantu masalah yang sering dialami oleh kaum wanita.

  • Mengurangkan garis halus
  • Mengurangkan kedutan, termasuklah kedut di sisi luar lipatan mata
  • Mengurangkan mata sembap, mata panda dan lingkaran hitam
  • Membantu menegangkan kulit sekitar mata
  • Menghidrat kulit keliling mata yang sering kering
  • Melindungi kulit sekitar mata yang mudah terdedah kepada pencemaran dan persekitaran
Apa yang menariknya krim Youth Restoring Eye Treatment produk Shaklee ini, ia dibuat kajian klinikal selama 28 hari ke atas 36 orang dengan menggunakan krim mata Youth ini selama 2 kali dalam sehari.

Hasil kajian mendapati:

  • Garis serta kedutan di sekeliling mata dan kedutan di sisi luar lipatan mata berkurang dalam tempoh seawal 7 hari!
  • Mata sembap dan lingkaran hitam juga berkurangan
  • Menghilangkan kedutan mata termasuk menghidrat dan menegangkan

Dasyat sangat kesan eye treatment ni kan?!

"Huish, cepat sangat kesannya. Macam tak percaya je, mesti ada bahan berbahaya ni"
"Kosabajap"

Youth Restoring Eye Treatment ni yang bestnya sebab:

  • 100% vegan- berasaskan tumbuhan dan tidak diuji ke atas haiwan
  • Tanpa paraben
  • Diuji secara dermatologi-jadi ia selamat untuk semua
  • Tidak menyumbatkan liang pori
  • Terdapat 'Cooling Tip' yang berwarna silver


Krim mata Youth Shaklee ni bertindak melalui 3 step tau:

1. Memulihkan 

  • Campuran unik peptida mengembalikan sistem isyarat pada kulit sekitar mata dan menyokong penghasilan kolagen
  • Melembapkan dengan cara mengekalkan air pada kulit
  • Menyerap hingga 1000 kali berat di dalam air bagi tujuan menjaga kelembapan kulit muka.
2. Mengurangkan

  • Membantu mengurangkan masalah garisan halus, mata sembap, kedutan dalan lingkaran hitam
3. Menyegarkan
  • Jika anda perasan ada 'cooling tip' pada krim mata Youth Shaklee ni yang bertindak untuk merangsang peredaran mikro bagi tujuan mengekalkan kesegaran mata, mengurangkan tanda merah-merah di bawah mata dan mengurangkan sekali mata sembap. Jadiiii... tak perlu lah anda letak timun lah, kentang lah, sudu lah kat mata lagi dah! Yeah

Q & A Mengenai Eye Treatment Youth Shaklee

Bila perlu menggunakan krim mata Youth Eye Treatment?
Anda boleh gunakan ia selepas pakai pencuci muka dan toner

Di mana perlu digunakan krim mata Youth Eye Treatment ni?
Sapu krim mata di atas kelopak mata dan kawasan tulang kering di bawah mata sepanjang orbit tulang ke sudut luar kawasan mata


Tiada testimoni ke? Kalau tak berkesan macam mana?






Saya berminat. Bagaimana saya boleh dapatkan Youth Eye Treatment ni?





Anda boleh hubungi Kakyan terus dengan cara klik icon dibawah ni. Kakyan akan bantu anda dan consult cara memakainya dengan lebih berkesan.



          





                                                           KakYan (1268629)
Pengedar Shaklee, Bakri Muar



Instagram :shakleebykakyan

Masalah tulang patah biasa berlaku di kalangan manusia, terutamanya lelaki. Kerap terdedah dengan risiko tulang patah kerana nature berkerja dan aktiviti luar, seperti bermain bola, futsal.

Terdapat empat  peringkat untuk penyembuhan tulang iaitu:

  1. Inflamasi dan pembekuan darah (72 jam pertama)
  2. Pembentukan tulang lembut (2 hari ke 2 minggu)
  3. Pembentukan tulang keras (2-6 minggu)
  4. Union (Sembuh sepenuhnya) 3-6 bulan
Tulang boleh sembuh dengan sendiri, cumanya mengambil masa yang lama. Selain itu, perkara yang perlu diambil perhatian adalah saluran darah. Saluran darah perlu aktif dan lancar di bahagian tulang yang retak ataupun patah untuk memastikan segala nutrisi yang diambil dapat bertindak dengan lebih cepat bagi proses pemulihan di bahagian tersebut. 



Jom kakyan kongsikan testimoni pesakit yang mengalami masalah patah tulang dan dapat sembuh dengan segera.


SEBELUM NI ANTI SUPLEMEN

Assalamuaikum, saya Muhammad Faiz bin Ahmad berusia 23 tahun. Saya ingin kongsikan #ShakleeEffect saya kepada semua. Sebenarnya saya sebelum ni anti-suplemen tau! Tu lah orang cakap, bila tak sakit memang kita tak cari suplemen ni. Bila dah kena sendiri baru rasa kepentingannya

Kisah saya, saya terlibat dalam kemalangan jalan raya awal bulan 3 tahun ni. Masa tu saya menunggang motorsikal. Badan saya tercampak dalam gaung setelah saya cuba mengelak daripada sebuah kereta yang terlajak jalan laluan saya. Akibatnya saya mengalami patah tulang belakang dan juga patah tulang di atas tapak kaki saya. 

DOKTOR TAK PASTI BILA BOLEH SEMBUH

Menurut doktor tulang belakang yang patah tu tulang nombor dua. Doktor cakap akan mengambil masa untuk sembuh dan baik dengan sendiri sebab usia saya yang masih muda. Tapi ambil masa tu berapa lama? Doktor pun tak dapat pastikan dan saya pula takkan nak tunggu je tanpa apa-apa usaha.

Sampai bila saya nak berkerusi roda dan terbaring je atas katil tanpa usaha apa-apa. Doktor hanya bagi ubat tahan sakit, mustahil boleh sembuh dengan ubat tu je. Jadi, saya meminta cadangan suplemen yang boleh membantu mempercepatkan proses penyembuhan tulang saya ni melalui akak saya, yang kebetulan Pengedar Shaklee.

TULANG BERCANTUM SELEPAS SEBULAN AMALKAN SET SHAKLEE

Jadi, kakak saya cadangkan ESP, Zinc, Ostematrix dan AJHT. Alhamdulillah setelah mengamalkan suplemen tersebut secara konsisten selama sebulan, tulang patah yang saya alami sudah bercantum semula! Dengan izinNya, alhamdulillah..menakjubkan!

Doktor pun berkali-kali tengok XRAY, macam tak percaya. Siap tanya dah berapa lama accident, sehinggakan doktor pun panggil doktor senior untuk mengesahkannya. Jadi balutan simen di kaki terus dibuka, doktor menyuruh saya menggunakan tongkat kerana tulang baru bercantum dan tak mahu beri tekanan yang kuat sangat ke atas kaki saya.

Doktor masih minta untuk teruskan pakai bengkung keras untuk tampung tulang belakang sya selama 6 bulan untuk memastikan tulang tersebut betul-betul kukuh sebab ia melibatkan tulang belakang, takut menekan saraf yang akan beri effect yang buruk pada badan saya nanti.


TARGET 6 BULAN, TAPI 3 BULAN DAH BOLEH BUKA BENGKUNG

Bulan ke tiga iaitu temujanji ketiga saya dengan doktor, doktor kata bengkung keras tu dah boleh buka. Katanya tulang saya dah bercantum elok cuma dalam masa setahun ni saya tak dibenarkan untuk angkat benda-benda berat dan juga menunggang motor.

Syukur alhamdulillah, gembira tak terkata. Saya dah boleh bergerak bebas tanpa perlu rasa seperti 'Iron Man' lagi! Saya juga tak perlu jumpa dengan doktor lagi dan hanya diberikan 'open appointment' sekiranya terjadi apa-apa seperti sakit sahaja.

Alhamdulillah sekarang saya masih konsisten mengamalkan Ostematrix dan ESP sahaja. Saya perlu mengambil bekalan kalsium secukupnya untuk pastikan tulang saya betul-betul kuat.

Syukur alhamdulillah, Terima Kasih




Anda mengalami masalah tulang patah? Mungkin ini masanya untuk anda buat perubahan, supaya boleh kembali beraktiviti seperti dahulu. Jom klik icon di bawah ni, jika anda berminat. 

                                       





                                                           KakYan (1268629)
Pengedar Shaklee, Bakri Muar


Instagram :shakleebykakyan



Anemia ialah satu keadaan apabila anda tidak mempunyai sel darah merah yang kurang sihat untuk membawa oksigen yang cukup kepada seluruh tisu dalam badan manusia. Anemia menyebabkan anda mudah merasa letih dan lesu.

Terdapat pelbagai jenis penyakit anemia, bergantung pada punca ianya berlaku. Anemia boleh jadi sementara waktu ataupun dalam jangka masa yang panjang. Sekiranya anda suspek anda mempunyai penyakit anemia, jalan terbaik adalah dengan segera berjumpa doktor untuk mengelakkan penyakit yang lebih berisiko.

SIMPTOM

Terdapat beberapa tanda dan simptom anda mempunyai penyakit  anemia, iaitu:

  • Keletihan yang kerap
  • Lesu
  • Kulit yang pucat
  • Degupan jantung tidak normal
  • Nafas yang pendek
  • Pening kepala
  • Sakit dada
  • Kaki dan tangan sejuk
Jika anda mendapati terdapat beberapa tanda di atas anda ada mengalaminya, segerakan untuk bertemu dengan doktor. Sesetengah penyakit anemia seperti kekurangan zat besi atau kekurangan vitamin B adalah penyakit yang biasa.

Keletihan yang kerap mempunyai banyak punca selain anemia, jadi jangan mudah membuat tanggapan jika anda mudah letih itu adalah anemia. Ada sesetengah pesakit dapat kesan mereka mempunyai penyakit anemia apabila ingin mendermakan darah, dan mereka tidak boleh berbuat sedemikian kerana hemoglobin agak rendah. Jika anda tidak dibenarkan derma darah kerana sebab tersebut, sila jumpa doktor dengan segera.

PUNCA ANEMIA

Anemia boleh berlaku apabila sel darah pesakit tidak mempunyai jumlah darah merah yang mencukupi. Ianya boleh berlaku jika:

  • Badan anda tidak menghasilkan sel darah merah yang mencukupi
  • Pendarahan yang menyebabkan anda kehilangan banyak darah merah sebelum sempat ia digantikan.
  • Badan anda sendiri yang memusnahkan sel darah merah.
JENIS JENIS ANEMIA DAN PENYEBABNYA

  • Iron dificiency anemia. Jenis ini merupakan anemia yang paling biasa berlaku pada manusia yang berlaku kerana kekurangan zat besi dalam badan. Tulang sumsum setiap manusia perlukan zat besi untuk hasilkan hemoglobin. Tanpa zat besi yang cukup, badan anda tidak boleh hasilkan hemoglobin yang cukup untuk sel darah merah. 
         Tanpa zat besi tambahan, jenis anemia ini selalunya berlaku kepada ramai wanita 
         yang mengandung. Ia juga boleh berlaku akibat kehilangan darah, sebagai contoh 
         pendarahan ketika hamil, ulser dan kanser.

  • Vitamin dificiency anemia. Selain zat besi, badan kita memerlukan folate dan vitamin B-12 untuk menghasilkan sel darah merah yang cukup sihat. Pemakanan dalam siet yang kekurangan vitamin vitamin ini boleh menyebabkan kemerosotan penghasilan sel darah merah. 
  • Anemia of Chronic Disease. Sesetengah penyakit seperti kanser, HIV.AIDS, penyakir buah pinggang dan penyakit keradangan yang kronik yang lain boleh mengganggu penghasilan sel darah merah.
  • Alastic Anemia. Jenis anemia ini penyakit yang jarang berlaku, anemia ini boleh meragut nyawa apabila badan anda tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang mencukupi. Penyebab aplastic anemia termasuk lah jangkitan, ubat-ubatan, penyakit auto-imun dan terdedah dengan toksik kimia.
  • Anemia berkenaan dengan penyakit sumsum tulang. Kebanyakan penyakit seperti leukimia dan myelofibrosis boleh menyebabkan anemia kerana memberi kesan kepada penghasilan darah di dalam tulang sumsum manusia. 
  • Hemolytic anemias. Jenis anemia ini terjadi apabila sel darah merah termusnah lebih pantas. Sesetengah penyakit darah meningkatkan kemusnahan sel darah merah. Anda berpotensi mendapat anemia jenis ini kerana keturunan atau anda boleh menjadi punca sendiri.
  • Sickle cell anemia. Jenis penyakit anemia yang ini disebabkan oleh hemoglobin yang rosak yang memaksa sel darah merah untuk menganggap bentuk sabit yang tidak normal. Sel-sel darah yang tidak teratur ini mati secara sedikit demi sedikit, menyebabkan kekurangan sel darah merah.

KESAN ANEMIA

Anemia boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan seperti:

  • Keletihan yang Melampau. Apabila penyakit anemia semakin teruk, anda mungkin akan berasa terlalu letih sehingga anda tidak dapat selesaikan tugasan harian.
  • Komplikasi Ketika Hamil : Ibu hamil dengan penyakit anemia jenis kekurangan folate akan menyebabkan komplikasi ketika hamil  seperti kelahiran bayi yang tidak matang.
  • Masalah Jantung.  Anemia boleh menyebabkan degupan jantung yang terlalu laju ataupun degupan yang tidak menentu.  Apabila anda mempunyai penyakit anemia, jantung anda akan pam darah yang lebih banyak untuk mengimbangi kekurangan oksigen di dalam darah anda.
  • Kematian. Sesetengah anemia yang didapati secara keturunan, seperti 'Sickle Cell Anemia' boleh menjadi sangat serius sehingga komplikasi mengancam nyawa. Kehilangan darah dengan cepat dan banyak sangat berbahaya sehingga boleh mengancam nyawa.

PENCEGAHAN

DAPATKAN KAUNSELING - Jika keluarga anda mempunyai sejarah keturunan anemia, jumpa doktor dengan segera untuk dapatkan nasihat berkenaan risiko kepada anda dan kepada bakal anak anda.

AMBIL MULTIVITAMIN - Jika anda mengambil berat dengan kepentingan mengambil vitamin daripada makanan yang anda makan, boleh bertanyakan kepada doktor tentang multivitamin yang sesuai untuk anda.

PENGAMBILAN VITAMIN TAMBAHAN

Banyak jenis anemia yang tidak boleh dielakkan. Tetapi anemia jenis kekurangan zat besi dan vitamin boleh di elakkan melalui cara mengambil makanan tambahan dari pelbagai jenis vitamin dan nutrisi. Termasuk:

  • Zat Besi. Makanan kaya dengan zat besi termasuk daging lembu dan jenis daging lain, kekacang, bijiran yang kaya dengan zat besi, sayur-sayuran berdaun hijau gelap dan buah-buahan kering.
  • Folate. Nutrisi folate ini adalah asid folik yang boleh ditemui pada buah-buahan dan jus buah-buahan, sayur-sayuran berdaun hijau gelap, kacang hijau, kacang tanah dan produk bijiran yang kaya, seperti roti, bijiran, pasta dan beras.
  • Vitamin B-12. Makanan yang kaya dengan vitamin B-12 termasuk daging, produk tenusu dan produk soya
  • Vitamin C. Makanan yang kaya dengan vitamin C termasuk buah citrus dan jus, lada, brokoli, tomato, tembikai dan strawberi. Item ini membantu dalam meningkatkan penyerapan zat besi.

BAGAIMANA SHAKLEE DAPAT MEMBANTU ANDA.




Vita Lea : 
Mengandungi zat besi yang membantu pembentukan sel darah merah dan menghasilkan sel darah yang sihat. Zat besi menjadi sebahagian daripada struktur hemoglobin yang membawa oksigen ke tisu dan sel

B-Complex:
Meningkatkan sel darah merah dan hemoglobin. Shaklee B-Complex lengkap dengan 8 kumpulan vitamin termasuk B12 dan folat

Vitamin C Sustained Release:
Membantu penyerapan Vitamin B12 dan Zat besi. Vitamin C juga membantu pengeluaran hemoglobin dan meningkatkan pertahanan badan.

TESTIMONI SHAKLEE ATASI ANEMIA





Anda mengalami masalah anemia? Mungkin ini masanya untuk anda buat perubahan. Jom Klik icon di bawah ni, jika anda berminat. 


                                       





                                                           KakYan (1268629)
Pengedar Shaklee, Bakri Muar


Instagram :shakleebykakyan

Beberapa tahun kebelakangan ni, ramai betul wanita yang sangat obses dengan kecantikan sehingga sanggup duit dilaburkan dengan cara membeli produk produk yang HOT di pasaran. Pantang viral sikit testimoni-testimoni kulit jadi flawless lepas mencuba sesuatu produk, laju je semua membelinya.  Tiada istilah mengkaji sebelum mencuba produk-produk tersebut. 

"Orang lain jadi flawless. Mestilah aku pun boleh".

Betapa hancurnya hati apabila muka menjadi semakin teruk apabila mengamalkan produk-produk tersebut. Tapi terdapat juga wanita yang mempunyai alahan dengan beberapa makanan, yang juga menyebabkan muka mengalami breakout yang teruk.

Antara wanita-wanita ni, Saudari Nor Shahizan tidak terkecuali. Jom baca perkongsian dari saudari ini.


PENGALAMAN KULIT MUKA BREAKOUT DAPAT DISELESAIKAN

"Nama saya Nor Shahizan Rahimi binti Mohd berusia 35 tahun dengan 3 orang cahaya mata. Berkerja sebagai seorang guru.

Bukan mudah berhadapan dengan orang kalau diri sendiri rasa muka dah macam muka pecah rumah. Bukannya tidak bersyukur dengan muka yang ada tapi sedih bila anugerah yang ada dicemari dengan noda-noda hitam yang terhasil dari parut setiap kali salah makan.


ALLERGIK TERUNG PUNCA MUKA BREAKOUT


Musuh utama Che Yan ialah terung. Selalu ditempelak, " Ni memang takde lain lah ni, mesti makan terung". Tak pun, "Dah tahu alergik terung siapa suruh makan?". Kita nak cakap apa? So senyum saja. Bukan nak makan sangat terung tu tapi selalu terkena dalam kuah dal atau gulai.

Tak perlu seketul terung, kuahnya saja dah cukup untuk memusnahkan untuk che yan memiliki kulit yang bersih. Setiap kali terperangkap dengan terung, muka che Yan akan ditumbuhi bintik-bintik seolah-olah jerawat dibawah kulit tapi tidak ada pula 'mata' , yang selalunya wujud jika jerawat mula bertukar menjadi kekuningan.

BINTIK-BINTIK HITAM BERPARUT TEBAL TIMBUL


Dalam kes Che Yan, bintik-bintik tersebut mula timbul dibawah kulit dan kadang kala berangkai sehingga membentuk tompokan, lalu meninggalkan parut hitam dan mengambil masa berbulan-bulan untuk lenyap dari muka. Keadaan menjadi lebih tragis jika bintik berangkai tersebut membentuk tompokan parut hitam yang besar dan mengambil masa berbulan-bulan untuk hilang dari pandangan. Nak cover dengan makeup macam over pula tebalnya.

Sebelum kenal Shaklee, kalau datang alergik dulu memang lebih teruk. Bahagian bawah hidung sehingga ke dagu akan penuh dengan tompokan air bisa-bisa seperti terkena cacar air. Keadaan mulut Che Yan seperti orang memakai topeng seluruh bahagian mulut di tumbuhi dengan cacar air dan mula meninggalkan kesan warna hitam. Pernah juga sehingga satu tahap, terpaksa berjumpa doktor sebab sakit yang melampau sehingga mulut tak boleh buka.

Selepas konsisten vitamin Shaklee, alergik yang selama ni Che Yan tanggung semakin berkurang, tak sekronik dulu. Namun rasanya semua wanita pun inginkan kulit bersih tanpa cela.

BERKENALAN DENGAN YOUTH SKINCARE TANPA PARABEN DAN SKINCARE ORGANIK PALING SELAMAT



Penemuan terbaru Shaklee membuka satu lembaran baru dalam kehidupan Che Yan. Youth dilancarkan 'on time' masa muka Che Yan tengah nazak. Sedap sangat makan nasi berlauk gulai talang di kenduri, tak perasan ada terung dalam lauk tu. Bila tersedar memang rasa bagai petir menyambar, "Dugaan muka nak pecah lagi ni"

Terung memang perkara yang akan 'triggered' masalah kulit yang Che Yan alami. Kalau Che Yan termakan, memang Che Yan tak boleh sentuh makanan alergik kulit yang lain contohnya kekacang, makanan laut.

Pada bulan 3 2018, Shaklee Malaysia lancarkan YOUTH. Masa mula-mula tengok harga , macam wow boleh tahan mahal. Tapi Che Yan nekad Youth ada kelainan. Kalau bercakap tentang produk penjagaan wajah, dari 'drugstore', produk kilo sehinggalah ke produk antarabangsa, semua Che Yan dah cuba. Selalunya Che Yan cari info paraben dalam penjagaan wajah atau apa-apa bahan kimia yang terkandung dalam produk tersebut mengikut piawaian yang dibenarkan, terus pakai.


TERJEBAK DAN AKHIRNYA MENJADI TESTIMONI YOUTH MUKA BREAK OUT KEMBALI CANTIK


Youth datang dengan khabar ianya bebas 1500 bahan kimia berbahaya dan 100% vegan. Yang lagi best, terdapat bahan yang ada dalam vivix pada Youth ni. Che Yan bermula dengan ambil full set dalam masa yang sama masih amalkan vitamin Shaklee yang lain.
Alhamdulillah rezeki mengandung, Che Yan masih teruskan rutin Youth sebab ianya bebas dari bahan kimia berbahaya.

Che Yan kongsikan testimoni wajah Che Yan sebelum dan selepas. Sungguh Youth is Hope, There is so many good and better product out there but Che Yan choose the best which is Youth.



Anda mengalami masalah yang sama macam saudari ni? Mungkin ini masanya untuk anda buat perubahan. Jom Klik icon di bawah ni, jika anda berminat. 


                                       





                                                           KakYan (1268629)
Pengedar Shaklee, Bakri Muar

Instagram :shakleebykakyan
Hai, kakyan nak kongsikan pada hari sabtu yang lepas kakyan  ada join program anjuran PICC. PICC ni gabungan Master-master bawah team i Reach tau. 



Sebelum ni kakyan pernah lah dengar tentan Success Hunter ni. Tapi masa tu dapat tau last minute sangat, dan tak nampak lagi program ni mengenai apa. Macam tak berapa nak menarik je.

Ok dijadikan cerita hari isnin minggu lepas tu upline kakyan ada post poster ni kat group whatsapp, masa tu macam tertarik nak join, tapi fikir hujung minggu tu je programnya. Macam tak sempat je nak pergi. Tapi disebabkan galakan oleh upline, kakyan tak fikir apa. Terus daftar nama, masa tu tak fikir pun takde geng ke apa kan. Dah nak dekat tarikh program baru perasaan nervous tu datang. Rasa nervous sangat nak pergi seorang-seorang. Sebab kakyan ni jenis susah sikit nak masuk dan bergaul dengan orang baru.


MASANYA SUDAH TIBA

Ok dipendekkan cerita, kakyan pon redah je pergi program ni seorang-seorang, masa nak keluar kereta serius rasa ketaq seluruh badan ni. Tahap segan tu rasa dah sampai ke tahap maximum kot. Bisik kat hati-tenang-tenang.

Kebanyakan mereka yang datang ni memang datang dengan upline ataupun sideline masing-masing tau. Jadi kakyan bagaikan teratai layu di tasik madu duduk seorang-seorang kat kerusi tu. Orang sebelah tanya sepatah, kakyan jawab sepatah. Perasaan segan tu masih menebal. 

APABILA MASTER BERSUARA...

MC untuk program ni adalah Master Fahmy tau, bila master bersuara je terus rebah tembok tembok segan tu. Rasa macam aura tenaga tu masuk terus dalam badan kakyan, bila kena jerit kakyan jerit. Bila kena sorak kakyan sorak. Rasa betul-betul bertenaga dan happening sepanjang event tu. 

Tambah lagi bila dengar perkongsian daripada peserta Success Hunter 1.0 yang berjaya naik rank dalam masa tak sampai sebulan! Rasa sangat berkobar kobar hati kakyan ni dengar. Setiap point kakyan dengar dengan teliti, mutiara kata mahal kan.

Serius setiap speaker yang bercakap, memang memberikan aura-aura yang sangat sangat positif. Buat kita nak bangkit lebih serius dengan bisnes Shaklee ni. 


Jom kakyan kongsikan beberapa gambar sekitar program Success Hunter 2.0 ni. Enjoy!
Pengisian oleh Master Z dan Master Lyna

Modul pertama : Teka nama produk

Conclusion modul pertama oleh Master Lyna

Circle bersama Supervisor

Penghargaan kepada new rank Master Ziela & Master Amin

"Siapa nak naik rank bulan ni?"

Pengisian oleh Sen Supervisor Kak Sofiyya

Semua fokus dengan pengisian Master Fahmy

Success Hunter! E-ner-gy!

JOM JADI SUCCESS HUNTER 3.0!


KAKYAN SERU ANDA, SEKIRANYA ANDA ADALAH :


👩 Mak-mak yang bekerja dan ingin mencari extra income
👩 Suri rumah yang mencari extra income untuk family tanpa meninggalkan anak-anak
👩 Pemalu dan malu untuk bercakap dengan orang ramai
👩 Tidak mahu keluarkan modal tapi mahu buat bisnes
Apa kata kita sama- sama buat bisnes Shaklee ni hingga berjaya
Kakyan tak dapat nak janjikan segunung emas, tetapi kejayaan pasti milik mereka yang berusaha.
Kita usaha sama-sama dan naik sama-sama.

4 SOKONGAN BISNES UNTUK ANDA

Apa yang saya boleh tawarkan adalah :
☂ Support group disediakan
☂ Segala bahan untuk tujuan sharing seperti poster dan testimoni disediakan
☂ Leader-leader hebat yang sama-sama memberi semangat dan dorongan
☂ Anda join je, kakyan akan terus ajar cara buat sales
Selebih itu, terpulang kepada anda.
Maaflah, Shaklee ni bukan bisnes macam skim cepat kaya yang masuk duit, goyang kaki dan tunggu duit.
Siapa nak senang macam tu sini bukan tempatnya.
Dalam bisnes Shaklee, semua bergantung dengan usaha, doa dan tawakkal yang tidak putus.
Jadi, sekiranya anda mahu sama-sama rasa bonus Shaklee yang bermacam-macam tu, boleh hubungi saya di whatsapp 014 622 0496 untuk respon pantas dari saya.
Saya sentiasa bersemangat untuk kita sama-sama meningkatkan ekonomi keluarga kita bersama-sama.
                                       





                                                           KakYan (1268629)
Pengedar Shaklee, Bakri Muar
Instagram :shakleebykakyan