Hi another 4 paper! *lelambai tangan sambil buat muka tak rela*

Yeahh itu dia, ada lagi 4 paper lagi menanti..sob sobbing...
So far 2 previous paper not bad...alhamdulillah Allah permudahkan segalanya

Apa yang saya nak share hari ni adalah about ujian..

Maksud ujian kat sini bukan lah exam tu, but ujian that given from Allah s.w.t..

Setiap manusia tak kira lah whether dia Islam or not tak kan terlepas dari ujian dariNya... whether kita ni student, or dah bekerja.. tak kan terlepas..kenapa? Allah s.w.t sayang sangat kat hambaNya, thats why Dia bagi kita ujian untuk kita kuat, untuk kita belajar berusaha...

Pernah tak kita fail exam kita cakap,

" alhamdulillah.. Allah bagi aku gagal supaya lepas ni aku tak leka..supaya aku tingkatkan usaha.. "

or kita cakap

"aku dah usaha kot, dah doa banyak-banyak tapi still tak lulus, buang masa je lah"

Manusia ni memang lalai, kadang-kadang tak sedar semua benda yang terjadik ada hikmah yang Allah rencanakan untuk kita ni....Allah kenal hambaNya dengan baik..so, Dia tahu kita punya tahap tempuh ujian tu sampai mana...Allah tak kan membebankan hambaNya melampaui kekuatan mereka..


Saya pun kadang-kadang if something happen tertanya-tanya, "why all this happen to me" "apa yang Allah nak tunjukkan pada aku"... tapi kita comfort hati kita dengan cakap, semua ni ada hikmahnya... jangan berhenti berdoa, solat sunat and after a few days, kita akan nampak hikmahnya depan mata...

Kalau kita lemah, first thing to do.. kembali pada Allah...Percayalah, Allah sumber kekuatan utama manusia...mengadu semua padaNya, Dia pendengar yang baik. trust me.. kalau mengadu kat manusia, theres will be another perception from that people to us,  our story might be know by other people.. so, mengadulah pada Allah

Jadilah manusia yang tak berhenti bergantung harap pada Allah, biarkan mereka manusia yang lain mengenepikan kamu as long as Allah tak mengenepikan kamu... Sahabat yang baik tak pernah mengenepikan kamu, sahabat yang baik tak pernah menjaja cerita kamu pada orang yang lain, sahabat yang baik tak pernah menganggap yang buruk pada kamu...

Dalam mencari sahabat yang baik, kita akan menempuh pelbagai dugaan... tapi penghujungnya akan manis, insyaAllah... biarkan kita keseorangan, asalkan apa yang kita lakukan tak melampaui batas batasNya....

insyaAllah pasti ada jalan...


Struggle hard for my first exam for degree, wish me luck my sahabat... as long as we put our effort, insyaAllah Allah will ease everythings

sincerely from my heart
NAMN
Salam
How are you my beloved sahabat? alhamdulillah...kalau sihat... :)

Minggu ni usrah saya pasal kepentingan berdakwah dan diselitkan dengan topik yang berkait rapat iaitu Amar Maaruf Nahi Munkar....

Dakwah ni bahasa senangnya mengajar, mengajak atau menyeru lebih mendalam kepada islam....

contohnya begini je lah

"Esok puasa jom"
"Jom solat, masuk waktu dah ni"
"Jangan lah buat macam tu, tak baik lah"

Nampak macam biasa kita buat, tapi tu sebenarnya satu usaha untuk kite berdakwah...it's simple right?
Tak semestinya nak berdakwah ni kena pakai jubah warna hitam, tudung hitam , berpurdah...bawa al-quran dan memulakan ayat dengan

 "Ingatlah wahai manusia, sesungguhnya kau harus puasa pada esok hari, kerana itu merupakan sunnah nabi"

Takut orang yang mendengarnya jadik makin menjauhi kita, no no no..thats not the way, dakwah tu universal asalkan masih berteraskan al-Quran dan as-sunnah...

Kenapa kita perlu berdakwah?

Sebab ia merupakan sunnah Rasulullah s.a.w. Rasulullah dulu berdakwah selama 23 tahun..
Sampaikan Rasulullah.s.aw pernah berpesan, Ø¨Ù„غوا Ø¹Ù†ÙŠ ÙˆÙ„Ùˆ آية "Sampaikanlah dariku walau satu ayat" nak menunjukkan betapa pentingnya dakwah tu dan nak menunjukkan dakwah tu kita boleh buat dengan cara yang mudah.

Bila berdakwah ni, expectation kita mestilah mereka menerima apa yang kita sampaikan tu..tapi andai kata mereka tidak menerima pun ia tak menjadi masalah.. sebab Allah tidak tanya kenapa mereka tidak terima dakwah kita..tetapi Allah akan tanya adakah kita sampaikan dakwah tu..which is tanggungjawab semua orang islam.

Dalam usaha berdakwah, janganlah fikir semuanya sentiasa akan manis sebab Rasulullah s.a.w semasa berdakwah pun banyak halangan..kita ni apa lagi? kita ni tak sekuat nabi, tapi tahap kesabaran tu mesti sentiasa di kawal..

Uslub berdakwah tak semestinya mesti kat masjid, islam tu universal..kat mana-mana pun boleh berdakwah.. tambah pula lagi sekarang merata laman sosial which is memudahkan untuk daíe -daie untuk menyampaikan. Contoh medium nya, facebook, youtube... tapi bila kita nak buat benda baik, memang orang ni iri hati ataupun mereka berprasangka buruk dengan kita..kita jangan cepat melatah bahkan ambil sifat Rasulullah s.a.w yang sentiasa tenang walaupun dicaci, diherdik..

"Aku tak perfect, belum masanya untuk aku berdakwah"

Kalau semua manusia menunggu menjadi sempurna sebelum menyampaikan dakwah, maka tak berkembanglah islam tu.. sebab tiada manusia yang perfect.. Sebab tu kita selarikan sambil menyempurnakan diri kita, sambil kita berdakwah...berdakwah buat cara yang paling kita mampu...sentiasa percayakan yang Allah sentiasa bersama dengan kita..insyaAllah jalan dipermudahkan..



Berdakwah tu tanggungjawab orang islam. Adakah kita sudah berdakwah? tepuk dada tanya hati... ^^


Thanks for reading

With love,
NAMN
Salam.
 "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An-Nur:31)

Dalam ayat kat atas ni, dah dinyatakan dengan clear nya perintah menutup aurat untuk perempuan...
Kenapa kita nak membantah lagi?

Yeah saya admit, dulu pun saya macam tu..bila saya fikir-fikir balik, saya tak dapat nak fikir kenapa saya tak tutup aurat dengan sempurna dulu...takde sebab yang nyata... semuanya sebab Syaitan yang berjaya mempengaruhi saya, dan mungkin saya tak berapa nak didedahkan dengan peringatan-peringatan penting berkaitan menutup aurat...

Kepala

Menutup aurat tu which is melabuhkan tudung menutupi dada, menutupi dada, menutupi dada...kenapa saya taip sampai tiga kali? sebab saya rasa benda ni penting....menutupi dada tu senang kan? katakanlah pakai handsock dengan stokin tu panas, rimas...tapi pakai tudung menutupi dada tak de lah merimaskan pon kan? so apa lagi yang  nak di bahaskan? tudung perempuan semua sama, at least bidang 45, kenapa ada yang pakai melabuhkan di bahagian dada? and ada pulak sengaja pin tinggi di bahu? kepada siapa nak ditayangkan?




Tak perlu pakai tudung labuh bidang 60, 45 pun dah memadai...dan janganlah sengaja mewujudkan bonggol ketika pakai tudung, rambut tu boleh disimpul rapi tanpa mengikat tinggi tinggi kan?

“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-



Nauzubillah min zalik, tak kan sebab bonggol tu kalian mahu menempah tempat ke neraka, benda mudah tak perlu disukarkan..

Aurat di tangan

Semua pun dah tahu, bahagian tapak tangan kita tu je yang bukan aurat..dah elok cantik manis pakai baju lengan panjang, tak moh lah tarik ke atas lengan baju tu..aurat lah yunkk..^^, mungkin betul panas..tapi cuba biasakan diri biarkan ia tak ditarik, percayalah akan terbiasa tak lama lagi...macam mana nak terbiasa kalau kalian tak try..ye dok?



Kaki comel
Kesian kaki comel kita tu berbelang-belang kan dek sebab pakai slipar then terdedah dekat matahari..apa kata pakai stokin, confirm dah tak berbelang dah kaki kita..elok je tertutup dalam stokin...mesti comel nanti!




Apa yang Allah perintahkan tu, tak pernah menyusahkan...setiap benda ada hikmahnya...contoh?


  1. Kalian pergi masjid, dan nak sembahyang jemaah..tapi telekung yang disediakan sudah tiada.. tak pe, pakaian kalian dah lengkap untuk dibawa solat
  2. Keluar pergi mall dengan kawan-kawan, ada sekumpulan lelaki lepak, percayalah kalian tidak akan dikacaunya...
  3. Lelaki dengan sendirinya menjaga batas dengan anda, no touching-touching.

Nak dibandingkan dengan mujahidah yang bertempur di medan perang, apalah kita ?
So, kita berjihadlah menjadi muslimah sejati, tiada istilah pintu hati belum terbuka... kalau ditakdirkan anda mati esok? sempat tak nak menutup aurat? oh ya sempatlah ketika dikapankan... tapi bukan itu yang kita mahu kan?sooo..

AYUH MENUTUP AURAT! 



STOKIN MAHAL!
HANDSOCK MAHAL!
JUBAH MAHAL!
TUDUNG MAHAL!
NIQAB MAHAL!



bersabarlah sayang, jangan pernah merungut sebab SYURGA ITU MAHAL! tapi kita kekal didalam sana...^^



Sincerely from my heart to my sayang-sayang..
NAMN
Salam
9 May dah...lamanya tak hapdet bloggg..erk lame ke? ye lah selalunya seminggu sekali, but now almost 3 week dah kan..

Ok-ok berhenti merinduiku sebab i'm here! *ok muntah please*

Cerita mana yang patut aku bongkarkan ye? ha about PWTC!

Seperti semua orang tahu hari tu ada pesta buku antarabangsa kat PWTC, actually memang setiap tahun ada benda alah ni..tapi sebelum ni kan saya ni orang kampung yang duduk di rumah usang di corok pinggiran kampung.. ok yanti tolong berhenti merepek.hmm..Cerita pendeknya before ni kan dekat muar, after that dekat segamat pulak.. dalam mimpi pun tak pernah terfikir nak pergi pesta buku ni suatu masa dahulu..

Then nak jadikan cerita, zira ajak pergi pesta buku ni, before event ni start lagi zira dah ajak dah.. so memang dah rancang awal lah nak pergi pesta buku ni kan..dah dekat shah alam kan, memang sawan meroyan lah kalau tak pergi...

1 May 2013 hari ini dalam sejarah..cewahh.. saya dapat jugak merasai pengalaman pergi ke pesta buku ni.. *bangga kembang kempis hidung*...kitorang pergi at first naik bas, then bila dah sampai pasar seni naik lrt pulak...

Orang gila buku pergi pesta buku, can u imagine that? elak tak sawan je kat situ dek kerana excited tengok buku-buku yang seakan memanggil manggil untuk membelinya...tapi disebabkan saya ni seorang yang JIMAT, terdapat kekangan lah dalam membelinya...kalau boleh memang nak beli semua, tapi banyak kali pesan kat diri sendiri.. "Kawal nafsu yanti, kawal nafsu" ...an hoyeahhhh dapat mengawalnye!! SEDIKIT... heee...

Sebenarnya main point nak pergi pesta buku tu sebab nak jumpa Hilal Asyraf......mahu tak giler scroll home facebook asyik dia update dia sentiasa kat pesta buku tu...memang dah sampai sana nak jumpa Hilal Asyraf tu jadik tujuan utama lah!..tapi carik punya carik tak jumpa..sob sob...memang masa tu rasa macam mental down lah..isk isk...

saya beli 4 je kot buku, ok teruk kan dah lupa?sebab cerita pun dah basi kan.. apa yang best pasal pesta buku ni, rasa syok je membeli sebab sejuk mata memandang kawasan dalam PWTC tu, 90% bertudung labuh... rasa macam selamat lah, sebab rasa macam betul-betul berada di negara Islam... i'm proud to be there at that time...:)



rasanya tu je kot nak update buat masa ni, i'm too busy this weekend, dengan nak buat lambakan project..fuuu fuuu *lap peluh*..in sya Allah next time i update lagi kayh...



With love, NAMN
Salam




Alhamdulillah berjaya menyempatkan diri menghapdet blog..

one question! blog ni bosan tak? *bosaaaannnn*

Tiba-tiba terfikir, is it okay cerita pasal my life? sebab memang tu mulanya tujuan wujudkan blog ni..

hmm hmm mungkin angkat diUpgrade kan blog ni dari pelbagai segi..in sya Allah..^^

I love my degree's life!

Alhamdulillah atas nikmat Allah yang satu ni...

Sangat bersyukur sebab berjumpa dengan naqibah yang akan membimbing kami sahabat-sahabat supaya tidak lalai di bumi Shah Alam ni..thanks to Fauzani yang bertungkus lumus membantu saya untuk membuat usrah kat sini.. already 3 week berhalaqah, and i'm to happy with this USRAH.. as a student bohonglah kan kalau tak busy, tapi terasa ketenangan tu bila kita spend satu masa untuk mentarbiahkan diri kita, membasuh hati kita dengan makanan rohani..in sya Allah seimbanglah pelajaran dunia, dan akhirat kite..^^



Saya berjaya melangkah satu step untuk menjadi wanita lemah lembut! yeahhh...haha..seriously memang payah sebenarnya nak menjadi wanita 'permata yang dicari'ni...lagi-lagi dari seseorang yang 19 tahunnya mempunyai majoriti kawan lelaki..siapa lah tu?.. sebab dah terbiasa cakap kasar, bercakap sentiasa nak mengusik orang..ayoyoyo...mungkin sahabat-sahabat yang sekelas anggap saya ni pemalu kan? *kekening*..  teruskan lah anggapan macam tu, sebab saya dalam proses menjadi golongan tu..meh meh bantu saya ye.. =D



Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah ukhwah between classmate pon dah terikat, mungkin need more time untuk hilangkan keAWKWARDan nya tu..tak pe tak pe..take your time...we need each other to complete our life kat sini kan? so, marilah kita merapatkan jurang antara kita...hihi



Belajar belajar belajar...sambil belajar sambil berdakwah..can we? ilmu agama sangat cetek dalam diri ni, saya bukan datang dari sekolah agama, bukan dari sekolah berasrama...saya cuma seorang hamba Allah yang baru jumpa jalan ke maha pencipta..Kekuatan yang saya ada sekarang adalah sahabat sahabat saya... kalau saya salah, tegur saya..i love my sahabat..so, marilah kita saling mengingati each other tentang yang maha esa...


cerita sampai sini dulu lah ye...



until then see ya next post..

with love, NAMN
Salam
Alhamdulillah berjaya melalui another week, so ahad ni genap lah sebulan bergelar degree's student..

tapi bukan degree lagi yang ingin diceritakan, but about one of the slave of Allah...siapakah? 

tadaaaa~~

Nama diberi Siti Hazirah binti Abdul Rauf..

Serious talk, she was super duper friend i've meet..dia lah orang pertama yang saya kenal masa diploma dulu..at night the day before class,ada perjumpaan kos cs..then masa dalam dewan tu dia duduk sebelah saya, then bila saya tanya dia kelas apa? she said csd1s2..so same with me lah, that time saya excited lah kan sebab dah jumpa member nak gi kelas sesama.. \0/.. dari situ lah kitorang start kenal..part 2 kelas sama-sama, part 3, part 4, part 5, and our friendship lasted until degree, and in sya Allah till jannah

Dia sangat-sangat manja and mengada! and at the same time, dia lah yang paling matang, always positive thinking..sentiasa buat orang sekeliling selesa dengan dia, i'm so jeolous tau bila tengok dia sangat cepat mesra dengan orang... ^^,..she was a good listener...setiap apa yang dia cakap, tak pernah buatkan orang terasa..tapi maybe ade kot sikit..=p

Dia jugaklah yang sebenarnya menjadi punca perubahan saya semakin mendekati yang maha esa..even if ada sebab lain, tapi that time masa saya buat keputusan untuk berubah, dia ada dengan saya pada masa tu dia baru balik dari umrah..dengar dia bercerita tentang rumah Allah, kisah-kisah rasulullah buat saya semakin rasa ingin mengikut jalanNya dengan betul...dia lah yang sentiasa ada, support saya buatkan saya rasa perubahan saya ni satu keputusan yang betul..in sya Allah..

 “Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

Semalam saya hangout dengan dia! first pergi seksyen 14 because have something to do there, then dah balik bilik, petang kitorang pergi join first of usrah untuk degree ni...alhamdulillah dapat buat keluarga baru kat sini... =)..

Then berjalan satu uitm dengan dia...so tolak tambah campur bahagi..sangat-sangat happy semalam sebab dah lama tak menggila dengan dia...i love her so much! uhibuki fillah ya hazirah!...kalau saya kena pindah ke jasin, tak tahulah macam mana nak menghadapi dunia degree tanpa makcik ni.. sob sob..='(


'Aku tahu aku keras kepala, degil, suka merapu, kasar tapi izinkan aku menjadi sahabat kau hingga ke syurga..in sya Allah..."


until then see ya next post...




"Kawan adalah kawan bila kita boleh bercakap tanpa berselindung, tiada rasa janggal bila berdua, merindui bila berjauhan..memberikan sokongan bila terjatuh dan berbual dan bergelak rasa macam tiada orang lain di situ..=p"




with love, NAMN
Salam


Alhamdulillah akhirnya berkesempatan update blog!

cup cup, bukan berkesempatan..actually laptop baru pulih dari koma yang teruk!
At first saya pergi hantar laptop untuk format, tup-tup kedai tu cakap harddisk dah corrupted... and now dah pulih sepenuhnya..in sya Allah..tapi sedih sangat sebab everything dalam laptop dah hilang..

backup?
before format memang nak buat backup pon, tapi laptop  saya dah worst giler sampai tak boleh nak paste dah...harapan masa format tu dia save lah local d..tapi bila dah tukar hardisk ni ha harapan tinggal harapan je lah....gambar-gambar diploma since part 1 everything hilang! sadis...sob sob


bukan itu yang diceritakan dalam entry ni...

so nak cerita pasal apa? opkos lah nak cerita pasal my degree's life..

Alhamdulillah almost 3 week berjinak-jinak dengan UiTM Shah Alam...yup, i'm honestly said UiTM Shah Alam sangat-sangat besaaaarrr....bayangkan nak pergi kelas je, macam pergi berjogging peluhnya...for sure lah cuaca sekarang teramat panas kan, cuma kalau kat segamat tak de lah sepanas kat shah alam ni.. and dalam seminggu adalah 2-3 kelas yang jauh tempatnya, mula-mula sampai tersesat-sesat carik kelas... sekarang still sesatsesat jugak..haha

Classmates?
Still dalam prosess pengenalan...seriously susah sangat nak unite dengan diorang...biasalah kan, semua memang dah ada kawan since diploma, and masing-masing ada yang dari kelantan, perlis..so bahasa tu macam membataskan lah kitorang nak mix..in sya Allah hujung sem nanti unite lah kitorang.. =)


Subject?
Hmmm....saya kena ambil 3 subject yang dah pernah ambil dekat diploma dulu, this sem kena hadap data struct and OS...next sem hadap networking pulak...data struct tu seriously rindu kelas dengan miss fisya.. sebab lain gila cara ajar kat sini, and it became more complicated...

Serious talk, pembelajaran diploma dengan degree lain..maksudnya dari segi lecterur tu, kebanyakan lecterur diploma memang faham apa yang diorang ajar, tapi degree ni, bukan lah lecterur tu tak terangkan, tapi saya ni yang tak boleh paham..tak tahulah mana silapnya...hope bila dah lama kat sini, otak dah boleh terima lah...

Currently missing segamat soo much....everything about segamat better then here...tapi haruslah terima kenyataan saya dah pon berada di tempat baru, suasana baru, kawan baru...saya kena cuba sedaya upaya sesuaikan diri kan? *anggukangguk*


In sya Allah, will try the best!..=)



"Menjadi sempurna adalah mustahil, apa yang penting sentiasalah melengkapi sesama sendiri"



until then see ya next post!
with love , NAMN
Salam



New life..new room..new environment...

First of all sangat-sangat bersyukur sebab diberi peluang memegang title as degree's student...alhamdulilahh...

So how my life now? Setakat ni in sya Allah happy sebabnya my rumet is my besties yooo! Sebilik dengan yana and zira...Faham tak perasaan balik kelas pon tak tension duduk bilik bcoz we always cheer up each other...hope akan berterusan smpai habis sem lah, sebab awal2 sem ni lan still ber'honeymoon'... Ngee~~

Classmate? Coursemate? Coursemate saya from US only 6 person, ika,ifa , cikin ,anas ,nasrul and mee~ and diorang juga lah jadik classmate saya...the rest tak kenal laa...mungkin beberapa minggu lagi akan kenal..^^

Degree's life memang agak survive lah, saya pon dah dapat rasa tekanan bila nak susun jadual..nak buat PC.. And yang paling stress kena ambil subject yang dah ambil masa diploma, dan bertambah stress bila subject tu adalah subject yang saya agak lemah,lepas pon cukup cukup makan je...*sigh*

Berharap sangat everything gonna be ok...in sya Allah

P/s:sorry kalau ade kepelikan pada entry ni, sbb update pkai fon..ngeee~

Until then see ya next post!

With love,NAMN
Salam

                         
                            TAA                                YAA                           RAA



Finally di rumah juga....saya pergi ke mana? jeng jeng jeng

perhatian! post ini sangatttt panjang...



Since before final exam of last sem for cs diploma's student, saya dah plan dengan member-member nak pergi holiday before sambung degree...lokasi belum confirm that time sebab tak tahu nak pergi mana..mengikut perancangan yang planning ni saya, zira, yana, nashriq, tasya and fatin..


then bila dah habis final..we've decided nak pergi genting sebab sejuk and fun..so mula lah pesan kat diorang simpan duit for holiday lah..then tak lama tu fatin cakap dia tak pergi sebab tak de duit...dah mula spoil lah kat situ..tapi tak pe lah... awal-awal bulan 2 zira and yana pulak cakap tak jadi pergi.....i? sedih lah bestie tak pergi..sobsob...tapi benda dah plan lama kan, tak kan nak cancel...then, fadh cakap nak join us..so, currently 4 person lah yang pergi kan? kira ok lah tu ada couple memasing kan...


one day before the day, fadh cakap tak jadi pergi...argh sudah,memang tak boleh nak buat apa lah kan..pergi tetap pergi...


then this thursday bersamaan dengan 21st of february saya bertolak dari muar jam 9.30 pagi...supposedly saya nak turun kl sentral, but driver cakap bas tu turun pudu..Allah.. so, bila dah sampai pudu tu, saya ambil lrt pergi ke masjid jamek, and tukar train ke kl sentral...seriously saya takut salah naik train, masa tu memang redha giler lah..sebab first time naik lrt..nasib baik nashriq guide..then, alhamdulillah sampai juga kl sentral..then meet up with tasya! berborak lah pepanjang while waiting for a princess peluh, nashriq...haha...


bila nashriq dah sampai tu first thing haruslah memenuhkan perut dulu, kitorang choose burger king for our lunch...then we took bas to genting at 2.30 pm...


Only take less than one hour..tapi sampai ke tempat cabel car je lah, ramai giler orang masa beratur nak naik cable car tu...



rasa macam perjalanan yang amat panjang dalam cable car tu, maybe sebab terpaksa senyap dalam tu sebab foreigner semua senyap macam kitorang ni dalam library..=.='

and at last sampai jugak Genting Highland, kitorang sampai around 3...first of all haruslah check in hotel dulu..oh yeah, hotel we already booked before came,First World Hotel so prosess nya agak mudah je lah, lepas ambil kunci bilik...


jyeahhh!!then check in! bilik nya sangat-sangat puas hati...RM128 per night...kira worthwhile sesangat lah..bila dah jumpa katil, faham-faham lah apa yang kitorang buat kan? tidur!

after maghrib, kitorang siap-siap sebab nak meround dekat indoor game..cuaca? sejuk hingga ke tulang belikat wokk...3 lapis baju saya pakai that time..disebabkan kitorang pergi hari biasa, orang tak de lah ramai..so, game yang kitorang nak main pon tak payah beratur pepanjang...

CNY show..kita still CNY ke? =.='

lepaking at mcD while waiting for 4d cinema..

glow in the dark bowling...

Lepas dah penat jenjalan kat dalam, kitorang keluar dari hotel pulak...subhanAllah sejuk yang teramat sangat! kabus saja yang penuhh...


bila dah penat berlari-lari di parking lot, buat video! ketawa macam tak de esok...kitorang pon balik bilik...rasanya almost 3 am jugak lah kitorang tidur..sebab? tak boleh tidur...ngeee


2nd day! wohooo....i'm woke up at 6.15, sejuk ya teramat...even dah pakai blanket pon terasa sejuknya...bila saya keluar bilik nak ambil air kat water dispenser, jengah ke luar tingkap....tak nampak apa-apa sebab kabus, bilik kitorang pon tingkat 21 kan, memang patut pon..

then mandi tengok tv...around 10 dah siap kemas dan bersedia nak check out...bila dah check out, first pergi cari tiket balik..tapi tak dapat beli sebab time dah nak naik bas baru boleh beli..then terus kitorang beli tiket ke outdoor game...anddddd...


here we are!!!

after dah letak barang-barang kat locker...tahap excited naik dengan lajunya....tasya and nashriq sangat awesome sebab saya rasa puas sangat sebab diorang pon tak takut nak naik segala macam keextreman game kat sini!

almost all of the game, kitorang dah naik..cuma yang biase-biase tu kitorang tak naik..gambar yang kat dalam theme park still dekat nashriq..so tak banyak yang ada pada saya..tapi still nak share jugak...





romantik tak kami? haha...penat sebenarnya..



The best memory ever! mereka sangat awesome and giler..alhamdulillah...then pukul 5 kitorang keluar dari theme park and got bus to going back..bas tu berhenti dekat stesyen titiwangsa..satu lagi masalah bagi saya sebab nak kena pergi tbs pulak...and once again nashriq guide saya, tapi kena lah rajin-rajin bertanya pada orang sekeliling kan...

bila dah sampai TBS, beli lah tiket ke muar..tapi pukul 10 malam je ada! sedih betul...masa tu baru pukul 8pm, so terpaksa beli and saya stay kat surau sementara nak tunggu tu...fuuu~~

and alhamdulillah sampai jugak rumah....^^

so thats my story...panjang? kannn...haha..thanks for reading guys! 

ommo, its only a week before contuining study again! wish me luck guy! love u'll..xoxo


With love, NAMN
Assalamualaikum.













Tik tok tik tok tik tok



Allah, sekejap je rasa baru dapat result diploma...alih alih sekarang  less than 2 week before sambung study balik...sudah bersediakah?


secara fizikalnya..alhamdulillah 90% already done...

Stock makanan settle
Stationary done
Medical check up done
Ptptn done

em em em ape lagi ye? ha cuma yuran dengan things yang kena photstat tu yang tak settle lagi..malas boleh tak nak pergi photostat? almaklumlah transport yang ada kat rumah hanyalah kereta, disebabkan car lisence belum dapat, memang tak bergerak lah ke kedai jawabnya...


Ha, tadi saya on twitter then my bestie, yana tweet one pic ni... at first saya online guna phone je, because that time saya dekat bandar baru balik beli tiket...so, tak boleh nak zoom picnya..so bila sampai rumah je, saya terus online guna laptop then terpapar this!






masa baca ni memang bersyukur sangat-sangat sebab dapat jugak baucer buku...alhamdulillah..yeahh! in sya Allah akan digunakan sebaik-baiknya....



Ha tadi bercakap pasal persediaan fizikal..tapi mentally dah ready ke? so far tengah usha-usha subjects yang bakal dipelajari....and sudah semestinya cuba memupuk mupukkan minat yang dah sedia ada toward this course....


Sebelum melakukan sesuatu, jangan pernah bercakap susah kan? in sya Allah try to open up my mind 100%...and kurangkan merungut, sebab merungut ni sebenarnya membuatkan kerja kita bertambah rasa beban...semoga Allah permudahkan urusan saya, kamu dan kamu...>_<


Nanti kita kita kita jumpa dekat USA ye! Seronok rasanya dapat jumpa balik budak budak US! semoga ukhwah yang terjalin antara kita semakin kuat bila still berada bawah kampus yang sama ye!


p/s:
USA sf Uitm Shah Alam
US sf Uitm Segamat

until then see ya next post ya, in sya Allah

"When we know how to be grateful, there's no reason for us to say life is unfair because until today, Allah has given us everything we need"



with love, NAMN
Assalamualaikum